Wednesday, April 14, 2010

Emel TIPU ke?!

Perhatian!!! Siapa-siapa di luar sana pernah terima emel macam di bawah? Aku sudah banyak kali dapat emel berbau penipuan tapi masa aku mula-mula baca emel ini, rasa macam menarik jugalah..was-was pun ia juga. Aku pun search lah pasal BOD (Board of Director) syarikat Microsoft tapi tiada pula nama seperti yang terpampang megah macam dalam emel. Aku tidak puas hati, aku search pula nama orang tersebut dan aku jumpa satu website. Rupa-rupanya sudah ramai yang dapat emel sebiji macam emel yang di bawah ini. Nasib baiklah aku buat research sikit. So, kepada semua di luar sana..berhati-hati!


MICROSOFT® CORPORATION
Building,40 Ryecroft Way,
Stopsley London,
United Kingdom.

 
Winner No: 04,
Microsoft Coporation wish to notify all online customers as we celebrates
the 35th year anniversary 2010; and also to inform you that you have
emerged one of the beneficiary
selected in this ongoing 35th Anniversary Program in conjunction with the
Foundation of Software Products (F.P.S.)
A Bank Draft will be issued in your name by Microsoft Corporation Board
Uk (MCSP), you have therefore won the entire sum of 1,000.000.00(One
Million Dollars)

 
Contact :Dr. Hector Powell Via
Email: hectorpowell@mail.md
Phone: +4470457 19663

 
Provide below information for validation of your prize
.Residential Address:
.Tel (Mobile):
.Nationality/Country:
.Full Name:
.Age/Sex:
.Occupation/Position:
.What is Your comment On Microsoft Products?:

 
Note: your award security information ( Data File Number: UK/9420X2/68,
Ref.Code :0087955827499, Grant Number:MSC/0080648302/07)

 
Congratulations from the Staffs & Members of Microsoft Board Commission.
©2010 Microsoft Corporation®


Ini alamat website di mana aku jumpa komen-komen pasal emel ini, boleh cek sendiri ye...

http://www.complaintsboard.com/complaints/2010-microsoft-corporation-c325111.html

Thursday, April 1, 2010

X-Ray Menakjubkan - Teknologi Canggih Jepun

Aku yakin jika barang ini ada dijual di kedai-kedai di Malaysia, mesti setiap seorang lelaki akan ada benda ini!

Awas para wanita jika anda ke Jepun!




Kenapa Manusia Suka Buat Benda Senang Jadi SUSAH?!


 Faham ke tidak kartun di atas? Jika tidak sila buat research sikit bagi faham. Aku rasa aku macam epal hijau, ada ulat beluncas tengah gedik-gedik dalam kepala. Aku tengah sakit kepala dek tekanan yang berbuku dalam otak. Kenapa stress? Banyak sebab so aku cuba luahkan di entry kali ini. Aku bukan selalu boleh update entry. Sekarang aku tengah ada kerja tetapi saja curi tulang (macam selalu aku buat!) untuk menulis di blog ini.

Alkisah ceritera begini, aku dalam proses untuk meminta permohonan pertukaran tempat bertugas diluluskan daripada pihak atas. Semua dokumen sudah aku siapkan elok-elok, siap dengan sijil-sijil zaman sekolah rendah sampai universiti tetapi dari sehari ke sehari masih tiada kesempatan untuk berjumpa bos besar. Sebenarnya, sudah banyak kali jumpa bos-bos bawah. Semua cakap boleh..boleh..boleh tapi apa yang boleh pun aku kurang pasti. Semua suruh rujuk bos besar tapi susah sangat hendak nampak muka asyik sibuk saja. Turn aku sepatutnya jumpa tapi kena potong que lah apalah. Sampai aku sakit-sakit kepala dibuatnya. 

Kenapalah susah sangat? Hal-hal remeh macam inilah yang memberi tekanan kepada kita. Apa masalahnya jika tolong luluskan. Aku bukan minta tolong sign cek bagi duit untuk sara hidup aku ke apa. Aku hendak minta kelulusan untuk berpindah bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi dua-dua pihak (aku+majikan) dapat faedah@rugi sama banyak. Sebelum ini, aku hantar surat saja..tup..tup kena reject (*_*) sedih aku. Satu hari aku berkabung. Bukan berkabung sebab kena reject tapi sebab alasan kena reject tidak logik.

Susah sangat agaknya untuk memberi kebahagiaan kepada orang lain. Memanglah dalam hidup ini tidak semua yang kita minta akan dapat tapi jika hampi-hampir dapat pun syukurlah. Manusia suka sangat buat peraturan itu tidak boleh, ini pun tidak boleh juga..yang itu lagi tidak boleh, macam ini nampak boleh tapi tidak-tidak-tidak. Akibat terlampau banyak sangat pantang-larang yang direka manusia makin banyaklah juga masalah yang timbul kerana benda yang tidak/jangan/tidak boleh lah yang manusia suka hendak buat. Larangan tuhan tidak pula ambil kisah. Hancur!

Ada idea macam mana hendak atasi masalah aku ini? Bagaimana hendak hilangkan stress? Senang saja, jika aku dapat jumpa bos akan aku luahkan semua dalam hati+kepala, selepas itu mesti lega sangatkan. Tapi cara orang Jepun hilangkan stress memang unik. Jom intai video di bawah...layan...





Monday, March 29, 2010

'Award' Aku

Salam sejahtera semua..



Maaf sebab sudah lama tidak update entry aku. Aku sibuk dengan urusan permohonan pertukaran. Sedang berusaha pelbagai cara. Agak tertekan dengan keadaan sekarang, memerlukan sokongan tetapi daripada siapa? 

Dalam sedang gundah-gulana, dapatlah award daripada si cute miut siapa lagi jika bukan penulis blog mengenal diri. Terima kasih aku ucapkan. Jika anda hendak berkenalan, sila lawat blog beliau nanti.

Hmmm..rasanya tugas aku bukan setakat ini saja. Di bawah adalah senarai tugasan aku sebab aku sudah terima award ini dengan besar hati!


Syarat No. 01 : Thanks and Link The Person That Give You Award
 
-Aku sudah selesaikan..arigato penulis blog mengenal diri :)-
 
 
Syarat No. 02 : Pass This Award to Another Person
 
 
-sarah
 
 
 
Syarat No. 03 : Contact The Bloggers and Tell Them About This
 
-Semua sudah aku maklumkan-
 
 
Syarat No. 04 : State 7 Things About Yourself
 
 1)Aku seorang wanita, isteri, pendidik, anak, bakal ibu (bila eh?..doakanlah!), hamba dan apa-apa yang aku ingin jadi

2)Aku suka makan desserts, kek, semua jenis makanan daripada roti, buah-buahan (kecuali keluarga oren)

3)Aku sederhana saja orangnya

4)Aku benci LAMBAT, LEWAT, TIDAK MENEPATI MASA

5)Aku ingin memiliki kereta+rumah+tanah+famili sendiri

6)Aku rasa penat+mengantuk sekarang

7)Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca blog aku!


(^^)..(*o*)..(^_^)
 

 ~ Sekian ~

Sunday, March 21, 2010

Ketakutan Melampau - Bahagian 1


Aku ingin berkongsi satu pengalaman di sini. Sepatutnya isu ini ingin aku ketengahkan semalam tetapi aku sibuk sangat semalam jadi hanya sempat online sebentar melawat beberapa blog blogger sahaja. 

Ketakutan melampau! Bagaimana ia terjadi? Apakah ketakutan melampau? Penyakit mental ke?

Suatu pengalaman yang berlaku petang kelmarin (petang Jumaat) semasa aku dan suami dalam perjalanan pulang ke kampung telah mendorong aku untuk berkongsi isu ini. Sebelum aku membebel lebih panjang, izinkan aku bercerita tentang apa yang berlaku petang Jumaat itu. Kami dalam perjalanan pulang dari ibu kota KL ke Batu Pahat, Johor. Kenderaan di lebuhraya tidak banyak, mungkin sebab bukan cuti sekolah atau cuti umum maka tidak ramai yang ingin pulang ke kampung. Perjalanan berjalan lancar sambil aku dan suami berborak-borak di dalam kereta bagi mengelakkan dia daripada mengantuk. Kami memandu di lorong laju tetapi tetap mematuhi had laju 120km/j. Tiba-tiba meluncur laju sebuah pacuan 4 roda di belakang kereta kami. Beberapa kali dia memberikan lampu tanda meminta kami memberi laluan tetapi kami tidak berkesempatan berbuat demikian kerana di sebelah ada beberapa kenderaan+lori maka kami perlu memecut untuk memotong kenderaan-kenderaan terbabit sebelum boleh memberi laluan kepada pacuan 4 roda itu. Belum sempat kami berbuat demikian, ia sudah memotong kami dari kiri dan kini berada di hadapan kereta kami. Aku paling bengang bila suami gelak sinis tanda dapat mengenakan pemandu pacuan 4 roda tadi. Mungkin pemandu tersebut perasan dan beranggapan yang kami ingin bermain-main dengannya jadi apabila dia berjaya memotong kereta kami dan berada betul-betul di hadapan kereta kami, dia 3 kali membrekkan keretanya. Aku BENGANG!!! Bukan sahaja bengang dengan pemandu pacuan 4 roda yang tidak boleh bersabar malah dengan cara pemanduan suami aku yang ibarat bermain api di jalan raya. Bukankah tindakan mereka yang saling tidak bertolak ansur di jalan raya ini boleh mengundang perkara yang tidak baik???!!! Aku masam mencuka, kereta kami yang tadi riuh-rendah tiba-tiba sepi...

Perjalanan diteruskan dalam keadaan yang tidak best! Lebih kurang 20 minit berlalu, aku dapat melihat dari cermin sisi kereta terdapat 2 buah kenderaan laju di belakang kami (myV hijau dan Avanza hitam). Tiba-tiba, kedua-dua kenderaan terbabit memotong kereta kami dari kiri dan terus meluncur laju di hadapan kami. Aku hanya memandang seimbas kelibat mereka. Masih mengekalkan kelajuan 120km/j dalam jarak lebih kurang 100m daripada 2 kenderaan tadi di hadapan kami, tiba-tiba dengan mata kepala kami sendiri..kami menyaksikan yang Avanza tadi tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik dan terseret ke sebelah kiri lebuhraya dan melanggar devider sebelah kiri seterusnya berpusing kembali ke tengah jalan sebelum berhenti di lane kedua lebuhraya. Aku tergamam. Semua berlaku sekelip mata. Tiba-tiba aku rasakan yang dada aku berdebar laju, rasa panas dan macam sesak nafas. Aku rasa ingin menangis tetapi tidak boleh. Mengapa? Aku menyuruh suami berhenti sebentar di RnR sambil aku cuba menenangkan diri. Perasaan ini macam pernah aku alami tapi bila ye?

Aku kembali tenang dan kami meneruskan perjalanan. Masing-masing mengulas tentang kejadian real depan mata kami tadi. Nasib baiklah aku rabun dan tidak memakai cermin mata kerana jika tidak aku mesti sudah nampak jelas bahawa terdapat kepala seorang remaja terkeluar dari tingkap dan diseret semasa Avanza itu terseret ke kiri lebuhraya. Ngeri aku dengar!

Aish..aku melalu terlalu panjang pula. Maaf. Baik terus kepada isu yang sebenar. Selepas menyaksikan kejadian ngeri itu, aku jadi sedikit takut dan hilang keyakinan untuk memandu. Maklumlah, aku baru saja dapat lesen. Semalam petang suami aku paksa bawa kereta..tup..tup enjin mati dan aku jadi kelam-kabut. Masa inilah perasaan yang aku alami selepas menyaksikan kemalangan kembali. Suami aku sudah bising-bising sedangkan aku masih kelu dan aku teringat kembali kejadian jatuh motor 11 tahun yang lalu bagaimana kemalangan motor itu menyebabkan aku jadi berdebar dan berpeluh sejuk setiap kali bila aku cuba menunggang motor. Dan selepas kejadian jatuh motor itu juga aku langsung tidak menyentuh motor selama 2 tahun sehinggalah dipaksa emak untuk ambil lesen motor. Adakah perasaan sama menyelubungi diri aku kini? Arrrggghhhh...aku jadi takut dengan kereta pula!

Aku mencari-cari info di website-website tentang apa yang berlaku kepada diri aku. Adakah aku mengalami fobia terhadap sesuatu situasi akibat pengalaman lepas? Berdasarkan pembacaan aku, fobia adalah satu perasaan yang mana seseorang akan berasa cemas, risau dan takut serta akan mengelakkan diri daripada berhadapan dengan objek atau situasi tertentu. Ia adalah salah satu masalah mental yang idaklah kronik tetapi dianggap serius oleh masyarakat kerana impaknya yang boleh membataskan aktiviti individu setiap hari. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis yang umum iaitu fobia biasa, fobia agora dan fobia sosial. Namun begitu terdapat pelbagai jenis fobia merujuk kepada apakah objek atau situasi yang cuba dielakkan oleh pengidapnya. Masalah fobia ini boleh dirawat dengan mendedahkan pesakit kepada objek dan situasi tertentu. Jika tidak, ia akan melarat seterusnya mengganggu perjalanan harian individu itu sendiri. 

Setelah mengkaji apa yang aku alami, sebenarnya aku belumlah kronik sangat dengan masalah fobia ini. Apa yang sedang aku alami ialah panik yang mana aku mengalami rasa bimbang yang terlampau seterusnya menyebabkan aku berdebar dan berpeluh-peluh. Adakah anda fobia? Panik? Gila?

Aku akan membincangkan isu ini lagi di bahagian yang seterusnya. Untuk itu aku berhenti setakat ini dahulu. Harap dapat berkongsi pengalaman jika para blogger pernah mengalami apa yang aku alami.

Friday, March 19, 2010

Ubat Paling MUJARAB Bagi Semua Penyakit?


Ada ke ubat yang hebat ini? Boleh menyembuhkan segala macam jenis penyakit yang akhir-akhir zaman sekarang? Setahu aku, tidak pernah pula dengar di media-media isu ubat-ubat yang pelik lagi canggih macam ini. Baru-baru ini, aku ada terbaca satu laporan berita pasal 'Profesor Gila' yang menghasilkan ubat-ubat untuk pelbagai jenis penyakit. Hmmm..hanya orang yang hebat dan berani macam 'Profesor Gila' saja yang boleh keluarkan produk racun macam itu, mengancam nyawa para pengguna yang semuanya main sapu, pakai telan semua yang dibeli..kononya mujarab sangatlah. Aku bukan hendak mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab 'Profesor Gila' tetapi isu yang aku ingin utarakan ialah tentang kewujudan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit. Agak-agak, ada ke?

Dulu, aku sendiri tidak percaya dengan fakta ini sehinggalah aku mengalaminya sendiri sekarang. Malu juga sebenarnya ingin meluahkan apa yang terjadi tetapi untuk berkongsi dengan mereka yang sudi melawat blog aku, apa salahnya. Ubat ajaib ini memang wujud, aku pun masih mamai-mamai..macam mana aku boleh jumpa ubat ini. Mesti semua pun hendak tahukan..kan..kan??

Ubat ajaib itu ada dalam diri kita sendiri, dalam setiap individu tetapi di mana ye? Mesti semua pernah jumpalah tetapi buat-buat jual mahal pula. Apa ye ubat ajaib? Sila baca sehingga habis entry ini..






CINTA..itulah ubat ajaib bagi segala penyakit. Ia mungkin tidak menyembuhkan sepenuhnya penyakit seseorang tetapi CINTA amat berkuasa merawat pelbagai jenis penyakit. Tidak percaya? Tengok sajalah drama, filem dan lagu-lagu pada hari ini..semua berkisar pasal CINTA. Jika dalam filem dan drama, orang yang sepatutnya nazak yang kita tengok sudah nyawa-nyawa ikan..confirm mati tiba-tiba boleh hidup kembali, tersengih-sengih siput tanda bernyawa kembali. Mengapa? Semua sebab CINTA. Bukankah pelik rawatan yang dilakukan oleh CINTA?

Aku sendiri mengakuinya hanya setelah aku belajar untuk menCINTAi seseorang yang bergelar suami kepada aku sekarang. Sebelum ini, aku hanya tahu menCINTAi diri sendiri. Aku selalu memenuhi kehendak diri sendiri dan tidak mengendahkan perasaan dia. Aku selalu mengenepikan dia dalam keputusan soal hidup aku sedangkan dia masih setia memberi pandangan. Namun, semuanya telah berubah kini semenjak aku mula sedar yang aku sebenarnya sudah jatuh CINTA kepada suami sendiri. Tidak sampai hati untuk melukakan dia sebagaimana sebelum ini kerana sekarang aku adalah dia dan dia adalah aku.


Mengapa aku tiba-tiba tulis
entry ini? Hehehe..entahlah, tiba-tiba hati ini rasa hendak menulis isu ini. Tentang kehebatan CINTA. Alkisah bermula apabila aku main merajuk-merajuk dengan HUBBY semalam disebabkan dinner. Dek kerana perut yang lapar, badan yang letih dan kerja mengemas sebab hendak balik kampung hari ini dan ketidakprihatinan suami aku untuk beli makan malam sebagaimana yang dijanjikan telah membuatkan aku angin sekejap. Wahahahaha..rasa macam lawak, macam budak kecil pun ada juga. Tidak tergamak sebenarnya hendak memonyokkan muka depan HUBBY tapi dek kegeraman, aku buat muka se10 sampailah dia pujuk dan aku puas hati. Tidak baik sungguh aku tetapi itulah hakikatnya, semuanya kerana CINTA lalu aku pun maafkanlah HUBBY yang sudah mati akal. Dan kerana CINTA jugalah, suami aku terhegeh-hegeh pujuk aku semula. Terhegeh-hegeh ke?

Apa pun, aku sangat menyayangi dan menCINTAi HUBBY sebagaimana perasaan dia terhadap aku. Peace no war!


Thursday, March 18, 2010

Pulanglah Sayang...

Aku sedang menunggu seseorang. Siapa? Siapa lagi jika bukan my beloved HUBBY. Sepatutnya kami sudah keluar office jam 4.30pm tetapi bayang tahi hidung dia pun aku masih tercari-cari. Urrrgghhh...bosannya menunggu sambil melayan internet dan aku pun merapu-rapu menulis entry ini. Jam sudah melepasi jam 5.00pm, perutku sudah bernyanyi sumbang dek kerana tidak lunch tadi. Alkisahnya, aku selalu makan tengah hari dengan dia so bila dia tiada aku pun jadi malas makan (1 habit yang amat merisaukan HUBBY aku - aku baru sihat daripada keracunan akibat masuk angin yang sangat menyiksakan!). Aku ingat boleh pulang awal hari ini, baru rancang hendak main masak-masak dengan dia tetapi sudah lewat pula. Kebetulan, HUBBY ada meeting dari pagi tadi di Rembau. Katanya sekejap tapi sampai sekarang masih tiada lagi. Bencinya menunggu..menunggu dan terus menunggu. Sudah puas aku melawati blog-blog, membaca artikel-artikel menarik dan mata aku semakin kuyu dibuatnya. Maklumlah, aku mengalami sindrom kurang rehat (bukan kurang tidur) akibat lena yang selalu diserbu mimpi-mimpi yang betul-betul mencabar kekuatan emosi aku. Seminggu ini memang aku rasa letih sangat sebab masalah mimpi-mimpi yang aku alami. Harap keadaan ini akan kembali pulih segera.

Sedang aku menunggu dengan muka monyok seribu, terjumpa satu video yang menarik untuk dikongsi di sini. Harap dapat share dengan semua :)

Cepatlah pulang!!!

AWAS - Penyakit PHD Parah!



Penyakit PHD? Sakit apa itu? Tidak pernah dengar pun? Ala..peduli apa aku dengan sakit PHD. Sekarang zaman teknologi canggih, setiap penyakit ada ubatnya, vaksinnya. Biasalah, sudah akhir zaman macam-macamlah penyakit yang timbul. Alahai..








PHD - Perasaan Hasad Dengki

Sedarkah kita yang virus PHD memang sudah ada dalam diri kita sejak roh ditiupkan ke dalam jasad semasa kita di dalam kandungan ibu lagi?  Jika sedar, berapa ramai pula antara kita yang cuba merawatnya? Jika kita masih tidak sedar, mengapa kita begitu lalai sehingga tidak tahu penyakit yang ada dalam diri kita sendiri? Mengapa? 

Kita umpama endah tidak endah sahaja dengan penyakit yang telah kita ada ini. Kita lebih gusar jika kita demam, selesema, batuk, cirit, pening dan sebagainya yang ditunjukkan oleh sistem pertahanan fizikal badan kita. Kita akan cepat-cepat pergi klinik, cari doktor, minta ubat..minta MC tetapi bila diri kita memberi respon (kurang senang dengan kebahagiaan+kejayaan+kelebihan dan lain-lain) yang menunjukkan kita berpenyakit PHD, kita masih relax..cool seperti ianya penyakit kecil sahaja. Butakah kita? Kurangkah ilmu pengetahuan kita? Sehingga virus PHD yang pada mulanya hanya sekelumit boleh menular seterusnya akan memusnahkan diri kita di dunia dan di akhirat. 

PHD adalah salah satu penyakit rohani (hati) yang teramat kronik jika kita bijak mengubatinya. Ia boleh merosakkan diri kita malah tuhan sangat memandang keji orang yang memiliki penyakit ini. Apa yang dipandang oleh tuhan di sisinya bukanlah orang-orang yang cantik+tampan paras rupanya, orang-orang yang kaya-raya harta bendanya tetapi adalah mereka-mereka yang memiliki hati yang sungguh bersih dan suci daripada penyakit-penyakit hati.

Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu.” (Hadis riwayat Muslim).

Adakah kita tidak takut dengan hukuman yang telah ditetapkan tuhan kepada mereka-mereka yang berpenyakit hati ini? Adakah kita sangat-sangat puas hati bila dapat menjatuhkan musuh yang sangat kita benci? Adakah kita tergolong dalam orang-orang munafik? Sesungguhnya, mereka yang berhasad dengki terhadap orang lain adalah tergolong sebagai orang yang munafik. Nauzubillah...

Oleh yang demikian, muhasabahlah diri kita agar hati kita akan kembali suci dan bersih daripada dihinggapi penyakit-penyakit ini. Kepada mereka yang menjadi mangsa hasad dengki pula, janganlah kita berdendam dan membalas kembali perbuatan hasad dengki itu tadi kerana apabila kita melakukan sedemikian maka kita juga akan tergolong ke dalam orang-orang yang munafik. Sebaliknya, bersabarlah dan berdoalah kepada tuhan agar tuhan akan mengurniakan hidayah kepada mereka yang berpenyakit PHD ini. Insyaallah...

Wednesday, March 17, 2010

Hari Bahagia - Bahagian 2

Saksi menandatangani borang pernikahan sebelum majlis akad dijalankan


Wali menyerahkan tugas mewakilkan kepada imam


Debaran bakal suami sebelum akad


Sempat berposing dengan telefon sebelum majlis akad


Bersiap sedia untuk dinikahkan..tidak sabarnya!


Majlis penyerahan mas kahwin selepas selamat diijabkabulkan..amin

Tuesday, March 16, 2010

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga



  • Puji - setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. 
  • Peluk - pasangan suami isteri hendaklah selalu memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.  
  • Penghargaan - amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
  • Perhatian - mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.  
  • Persefahaman - sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.  
  • Pergaulan - pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  • Percutian - merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.  
  • Permohonan - doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. 

Memetik kata-kata seorang pendakwah bebas, kunci sebenar kebahagiaan rumahtangga ialah dengan mendekatkan diri kepada tuhan. Renung-renungkanlah... 

# Doa amalan untuk kebahagiaan rumahtangga Surah Al-Imran (ayat 31 dan 200)
 


Sumber: http://www.jomkahwin.com/tips-rumahtangga-8p-tip-kebahagiaan-rumahtangga.html

1 Month Anniversary Celebration


Petang Isnin, 15 Mac 2010 selepas pulang dari kerja kami terus menyerbu Selayang Mall untuk merealisasikan impian berbowling. Kami merancang berbowling pada semalamnya (Ahad, 14 Mac 2010) tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana aku begitu sibuk dengan urusan di rumah maka kami tunda niat itu. Sempena meraikan usia perkahwinan aku-suami yang cukup 1 bulan, kami menghabiskan petang kami di Selayang Mall Bowling Center. Aku pun sudah lama tidak bermain bowling..(^o^). Kali pertama bermain bowling sebagai pasangan suami-isteri memang mengujakan!Walaupun aku tewas 19 mata tapi kira hebat jugalah kerana bertarung dalam sut lengkap baju kurung tapi aku tidak upload fotonya di sini. Harap maaf.



Lokasi seterusnya selepas tamat 1 game bowling ialah MAKAN! Perut aku memang sudah lama berbunyi sakan. Mulanya aku-suami merancang untuk makan di hotel ke apa ke, kira tempat yang high class sikit sempena hari istimewa kami tapi tidak jumpa yang sesuai dengan selera pula. Aku teringin Secret Recipe tapi suami pula menolak, "Sudah biasa.."katanya. Hmm..puas jugalah meronda Selayang Mall dan akhirnya kami memilih untuk melantak di Johnny's Steamboat. Aku tidak suka sangat makan steamboat tapi tibai sajalah, suami suka sangat steamboat jadi ikut selera dialah. 4 keping foto di atas ialah gambar-gambar makanan yang baru dihidangkan, belum dijamah lagi. Sedapkan?!



Inilah hasilnya bila perut lapar sudah berjaya diisi sepenuhnya. Alhamdulillah. Bila semua sudah habis, perut sudah kenyang, mata sudah layu, badan lagi letih..kami pun berangkat pulang. Katil sudah memanggil-manggil syahdu. Terima kasih tuhan atas nikmat dunia yang sementara ini. Syukur-syukur.

Simple but nice memories day along..Happy anniversary 1 month of marriage (^o^)

Monday, March 15, 2010

Ulang Bulan Perkahwinan - 1 Bulan

Alhamdulillah, pejam celik..pejam celik sudah 1 bulan usia perkahwinan aku dengan suami. Dalam 1 bulan ini, banyak jugalah benda baru aku-suami kena belajar sedikit demi sedikit. Maklumlah, sebelum ini tinggal rumah asing-asing tapi sekarang sudah serumah, sebantal, sebilik bla..bla..bla jadi makin banyak ragam masing-masing yang baru diketahui. Proses mentranformkan diri pun perlu pada masa yang sama. Sebelum ini, aku malas memasak tapi bila sudah berlaki kenalah rajin-rajinkan diri ke dapur sedangkan aku sendiri blur nak masak apa tiap kali ke dapur. Aku pun tidak suka basuh-basuh pinggan mangkuk jadi terpaksalah suami aku yang bersusah payah selepas tiap kali aku selesai memasak atau makan bersama. Masing-masing kena pahamlah tugas masing-masing.

Alam perkahwinan, memang satu dunia yang indah tapi memerlukan banyak pengorbanan, persefahaman, tolak ansur, kepercayaan dan diplomasi dalam merealisasikan keindahannya. Aku memang cetek dengan ilmu-ilmu rumahtangga jadi banyak perkara perlu belajar. Syukur kerana dikurniakan seorang suami yang dapat mengajar aku walaupun aku agak slow. Terima kasih kerana sudi bersabar degan kerenahku setiap hari wahai sang suami. Sempena genapnya usia pernikahan kita yang 1 bulan ini, aku akan cuba memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Aku harap sang suami pun sama, jangan asyik bergelumang dengan perangai lama zaman sebelum aku ada di sisimu. Harap kita dapat bekerjasama dengan jayanya.

Terima kasih dan sesungguhnya aku sangat menyayangi kamu wahai sang suami. Semoga kamu juga begitu...


Selamat Ulang Bulan ke 1 Bulan

Thursday, March 4, 2010

Hari Bahagia - Bahagian I

Tirai yang melatari bilik pengantin


Bilik pengantin yang telah siap aku hias..amacam?Ok ke tidak?


Gubahan tempat cincin..Mana cincinnya?


Gubahan minyak wangi dan hantaran iringan


Hantaran senaskah Al-Quran beserta rehal sebagai pedoman hidup


Sebakul coklat dan pemanis mulut


Sejadah yang dikotak indah


Alat mandian yang dihias segar


Sebuah jam tanda menepati masa


Sepasang kasut melengkapkan segaknya tiap langkah yang dihayun


Sepersalinan kemeja, tali leher dan seluar lambang personaliti


Purse dan tali pinggang pelengkap gaya


Tanggal 15 Februari 2010 (bersamaan Isnin-1 Rabiulawal 1431H) adalah hari yg sangat bermakna dan merubah kamus hidup aku untuk selama-lamanya. Pagi Isnin sekitar jam 10.30am, aku selamat diijabkabulkan bersama seseorang yg bakal menemani aku melayari perjalanan nasib diri yg seterusnya. Masih rasa macam mimpi di atas semua ini. Tapi bila cubit pipi rasa sakit pula..aouch! Sebenarnya, tidak pernah terlintas pun di fikiran aku untuk berumahtangga pada usia sekarang, aku budget segalanya. Perhubungan yang menjangkau setahun lebih dan tidak pernah serius akhirnya ke jinjang pelamin..macam cerita novel pula. Dari hanya kawan bergurau senda boleh mendirikan masjid, aku pun masih kaget dengan semua ini. tahun depan tapi tuhan lebih mengetahuiAlmaklumlah, 1001 dugaan telah dilalui dan ditempuhi bersama atas dasar persahabatan namun hubungan ini akhirnya menjadi satu ikatan sah sebagai suami-isteri..alhamdulillah. Betulkah ini takdir? Atau aku yang memilih? Kehidupan aku..sudah tentulah aku yg tentukan hala tujunya dan aku memilih untuk bersama-sama membina hidup dengan suami tercinta. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya.

Kita sering bertikam lidah dek kerap berselisih pendapat.
Kita sering bertengkar hanya kerana hal yg kecil.
Kita sering bermasam muka oleh rasa tidak puas hati antara satu sama lain.
Kita sering beradu meninggikan ego masing-masing.
Kita sering berbalah kerana kita memang TAK SERUPA.

Tapi kerana perbezaan inilah, kita akhirnya bersama.

Aish..macam jiwang sangat pula rasanya. Apapun, nikmatilah beberapa foto hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki yg telah aku upload. Enjoy it!



Wednesday, February 10, 2010

HALAL dan HARAM? Prihatinkah kita...

Doa Nabi Adam (Doa mohon keampuanan):




 
"Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” [7:23]



Klik di sini untuk maklumat lanjut isu halal dan haram. Rupa-rupanya banyak yang haram daripada yang halal. Astaghfirullah...



Perasa Makanan Kod E TIDAK HALAL-Bahagian 2


Salam semua,


Saya baru sahaja merujuk beberapa soal jawab berkaitan isu halal haram makanan yang mengandungi kod E. Hal ini berikutan komen yang diberikan dalam blog saya yang menyatakan coklat 'Cadbury' adalah haram. Saya sangat suka makan coklat 'Cadbury Blackforest'. Memikirkan yang saya tidak dapat makan lagi jika kenyataan haram itu benar, mendorong saya untuk mencari kebenarannya.

Hasil daripada pembacaan, haram dan halal sesuatu kod E itu bergantung kepada sumber ia diperolehi sama ada daripada haiwan atau tumbuhan. Bagi coklat jenama 'Cadbury' ia telah disahkan halal oleh JAKIM yang mana sumber kod E yang digunakan dalam produk makanannya adalah berasaskan sumber yang telah dikenalpasti dan diyakini halal. Sila klik di sini.


'Mencari yang HALAL itu fardhu'

Friday, February 5, 2010

Perasa Makanan Kod E TIDAK HALAL!

Hukum halal dan haram begitu sinonim dengan kehidupan harian kita sebagai umat Islam. Isu ini bukan asing lagi kerana hal halal dan haram amat berkaitan dengan hidup sehari-hari kita terutamanya ia adalah isu yang amat dititikberatkan dalam agama kita. Halal dan haram merangkumi seluruh aktiviti harian termasuk makan minum, berpakaian, muamalat, munakahat dan banyak lagi. Walaupun kita sedar akan hal ini dan kepentingannya dalam melahirkan sebuah umat Islam yang berdaya saing dan maju daripada pelbagai aspek, kita pada hari ini kerap sahaja lalai dan alpa. Kadang-kala, hal seperti ini amat remeh, tetapi akibatnya amat besar di kemudian hari dan kita seolah-olah tidak mengendahkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.

Benda-benda yang halal dan haram ini amat mudah mempengaruhi hidup kita. Ia semudah bermulanya daripada makanan yang kita beri kepada tubuh badan kita. Namun begitu sejauh manakah halalnya makanan yang kita makan pada setiap hari? Saban hari, semakin banyak makanan yang kita makan selama ini adalah haram setelah kajian demi kajian dijalankan ke atas sampel makanan. Mungkin boleh dimaafkan kerana kita tidak mengetahuinya tetapi bagaimana pula jika kita sendiri yang tidak mahu ambil peduli akan isu ini? Atau kita sendiri sudah tahu tetapi buat-buat tidak tahu pula. Salah siapa? 


Pada hari ini, anak-anak kita membesar dalam suasana yang amat mencabar. Hari demi hari, pelbagai salah laku oleh anak-anak kita terpampang di dada akhbar. Seharusnya, kita selaku orang yang lebih dewasa perlulah membimbing mereka. Semuanya bermula daripada makanan yang kita beri bagi tumbesaran anak-anak ini. Oleh yang demikian, prihatinlah wahai pembaca semua dengan isi kandungan setiap apa yang kita makan dan makanan yang kita beri kepada keluarga kita agar kita terhindar daripada benda-benda yang haram ini. Zahir nampak halal tetapi hakikatnya haram. Berdoalah kita kepada tuhan agar kita akan diampuni atas kelalaian dan kealpaan kita sebagai manusia akhir zaman.

Renungkanlah...

Wednesday, February 3, 2010

Puisi - Erti Sebuah Perkahwinan

Perkahwinan

Umpama sebuah pelayaran
Awalnya tenang
pertengahannya makin bergelombang
Dipukul badai dan ombak
Tak mengenal masa dan keadaan
Hanya Nakhoda bijaksana bisa melabuhkan sauhnya
Di sebuah pelabuhan impian


Perkahwinan

Adalah sebuah kebahagiaan
Adalah sebuah kedamaian
Adalah sekelumit kenikmatan
Dari lautan kenikmatan di syurga yang dinantikan


Perkahwinan

Perlukan pengorbanan
Perlukan kesungguhan
Perlukan keyakinan
Perlukan persefahaman
Baru nanti panasnya bisa sampai ke petang


Perkahwinan

Adalah fitrah kemanusiaan
Adalah sunnah yang perlu dilaksanakan
Moga nanti akan wujud generasi ummah
Yang bakal mempertahankan
Keagungan dan kesucian
Deenul Islam




-Abu Aslam (02/02/06)-

Thursday, January 28, 2010

Percutian Famili - Bukit Melawati (24 Jan 2010)

Matahari petang yang menyambut ketibaan kami di Bestari Jaya


 
Sawah padi menghijau di Kampung Seri Tiram amat mengimbau kenangan


Berhenti sejenak menjamu selera selepas penat berkunjung ke rumah jiran-jiran lama


 
Bersedia menaiki keretapi ke Bukit Melawati


 
Lotong, haiwan jinak yang menyambut ketibaan kami di puncak Bukit Melawati


 
Percubaan memberi makan lotong 


 
Bertegur sapa dengan si lotong


 
Si lotong melompat gembira menyambut salam yang dihulurkan


 
Berebut apa si lotong ini?!


 
Aksi akrobatik


 
Famili si lotong yang amat besar


 
Mari melompat beramai-ramai!


 
Anak lotong yang masih kecil, comel sangat!!


 
Renungan tajam si penjinak lotong


 
Mari bergayut kawan-kawan


 
Melepas lelah di batu


 
Menjadi sumbu untuk meletupkan meriam


 
Bergaya ala rumah api


 
Pintu masuk ke muzium


 
Foto kenangan selepas melawat muzium


 
Cutenya!


 
Bersedia sebelum turun dari Bulit Melawati


 
Melawat Taman Ikan pula


 
Antara burung-burung yang ada di Taman Ikan


 
Si landak yang kelaparan


 
Menanti kehadiran bas untuk pulang ke Kuala Lumpur


 
 Stesen bas Kuala Selangor

 
Related Posts with Thumbnails