Monday, December 21, 2009

Lady In Red Giveaway

Ini ada satu lagi contest yang aku join. Sebenarnya aku tertarik untuk masuk contest ini sebab ia berkaitan dengan MERAH!!! Aku suka..RED so aku pun carilah foto yang ada merah-merah sikit. Walaupun aku suka warna MERAH dan agak fanatik juga tapi aku tidak selalu menggayakan ia just barang-barang aku saja yang warna MERAH. Contest ini mudah saja, untuk lebih lanjut sila klik di sini atau klik pada foto di bawah.



Inilah foto yang aku pertaruhkan. Walaupun tidak seberapa aku rasa puas hati kerana berjaya menyertai contest ini. Terima kasih kepada penganjur.


Aku bertudung MERAH di Wet World


Black & White Photography Contest

Click here Foto diambil di downtown Damansara oleh yang terSAYANG

Aku sedang asyik layari internet..tengok-tengok blog member tiba-tiba terpaku pada 1 contest..macam menarik. Entah kenapa sejak dua menjak ini, aku suka sangat masuk pertandingan itu masuk pertandingan ini. Bukan dapat hadiah pun tapi rasa puas sebab dapat jadi salah seorang contestant. Puas juga pilih foto terbaik untuk sertai contest ini. Sekadar berkongsi rahsia sebuah foto hitam & putih, cukup menyeronokkan. Mungkin kawan-kawan ada komen tentang bakat aku ambil foto...




Logo 'Black & White Photography Contest'








Giveaway Contest



Ini another contest yang aku sertai. Saja suka-suka isi masa. Mana tahu ada rezeki aku leh dapat patung comel yang depan sekali atau yang kanan sekali. Aku mana ada patung-patung untuk peluk malam-malam sebelum tidur so mungkin foto ini dan jawapan yang aku bagi melayakkan aku untuk memiliki patung sendiri yang pertama. Gambatte!!!


Sunday, December 20, 2009

Kenduri Kahwin - Am & Su




Hari ini hujan turun sangat lebat. Aku sedang bersiap-siap untuk ke majlis kahwin Am dan Su. Hati masih berkira-kira hendak pergi ke tidak..hujan katakan. Rasa malas keluar rumah dalam keadaan hujan yang mungkin akan sebabkan aku kebasahan nanti, panggilan telefon daripada Adib mematikan niat aku untuk tidak menghadirkan diri di majlis Am da Su. Lagipun aku sudah berjanji dengan Hajar untuk pergi sama-sama. Maka, aku pun terus bersiap walaupun masa sudah agak lewat. Sepatutnya aku mesti jumpa Hajar jam 2 petang tetapi disebabkan hujan langkah aku kadang-kadang terpelecok makanya aku tiba di stesen LRT Gombak hanya pada pukul 2.30 petang.

Setiba di stesen, Hajar sudah lama menunggu. Dek kerana sudah lewat dan perut yang sudah berkeroncong sumbang, kami terus memecutkan Jelita (kereta Wira kesayangan Hajar) merempuh perjalanan ke Taman Selayang yang sesak. Syukur, kami tiba setengah jam kemudian dan tetamu masih ramai lagi. Tiba di rumah pengantin, nampak sudah kelibat Xibo dan Janggut yang sudah lama tiba. Kami pun segera mengambil makanan, nasi beriyani+ayam masak merah+rendang daging+acar buah+kuah dalca..nampak menyelerakan sangat. Lagipun, aku sudah 2 hari tidak makan nasi..lapar nasi kata orang. Aku dan Hajar terus duduk di sisi Xibo dan Janggut sambil menjamu selera.

Bayang pengantin masih belum nampak, pergi menghantar mentua balik mungkin. Tidak lama lepas itu, muncullah raja sehari bersama permaisuri hatinya dalam busana biru muda. Sungguh padan sekali dua orang mempelai ini..buat aku pula yang tidak sabar-sabar hendak naik pelamin..hehe. Bila sudah duduk semeja dengan kawan-kawan lama, macam-macam ceritalah yang muncul..masing-masing ada saja berita baru. Memori begini sangat aku impikan..mengimbas kembali zaman kami belajar bertungkus-lumus dahulu.

Tepat jam 4 petang, aku dan Hajar pulang. Maklumlah, pengantin pun sibuk hendak ambil foto outdoor pula di Sungai Tua. Hari masih mendung dengan hujan turun renyai-renyai. Aku meneruskan perjalanan pulang selepas berpisah dengan Hajar di stesen LRT Gombak. Aku tiba di rumah sudah hampir maghrib..penat sangat tapi gembira sebab dapat meraikan satu lagi majlis kawan sekelas aku..Am

Selamat Pengantin Baru kepada Am dan Su. Semoga kalian akan berbahagia hingga ke akhir hayat, insyaallah. Buat rakan-rakan yang masih solo, semoga anda akan bertemu seseorang yang istimewa nanti, amin.




Saturday, December 19, 2009

Penghijrahan BARU

Hari ini sudah masuk 2 Muharam, hari ke-2 dalam tahun baru Islam. Tidak lama lagi akan masuk tahun baru Masihi pula. Sedar atau tidak hari yang berlalu semakin meninggalkan kita. Adakah kita yang ditinggalkan oleh masa atau kita yang terlalu leka sehingga ketinggalan? Bolehkah kita beriringan dengan masa atau kita yang jauh meninggalkan masa di belakang, mungkinkah terjadi?


Selamat Tahun Baru aku ucapkan kepada kawan-kawan yang selama ini sudi melawat blog aku dan mendengar aku mencoret-coret di sini. Kadang-kadang mungkin agak merapu tapi itulah luahan hati aku. Aku ingin bercakap tapi tiada kekuatan pula untuk berucap di khalayak bila ada peluang, tidak pun terlalu banyak hendak dicakapkan sehingga tiada pendengar yang setia dan air liur pun semakin kering. Lalu aku biarkan jari-jari di tanganku yang bersuara. Apa yang aku celotehkan? Aku melalut..maaf.


Begini, untuk post kali ini aku ingin memaklumkan bahawa aku sudah selangkah maju kehadapan apabila berjaya launch akaun facebook aku yang selama ini tidak wujud. Dek terlalu banyak invitation dan semakin sepinya friendster aku, aku pun meluangkan masa semalam 1 Muharam 1431 = 18 Disember 2009 untuk mewujudkan facebook aku sendiri yang didaftarkan atas nama 'Shuhadah Sulaiman'. Namun, akaun friendster aku tetap ada jadi aku boleh dihubungi terus melalui FS@FB untuk jemputan kahwin, kaunter pertanyaan, jejak kasih dan sebagainya. 

Selain itu, aku juga ingin maklumkan bahawa aku sedang membina 1 lagi blog khas untuk business purposes. Blog itu aku wujudkan untuk peluang berniaga secara kecil-kecilan di samping mengisi masa terluang. Jadi, akan aku beritahu kelak jika blog tersebut sudah sedia ada. Harap semua dapat memberi kerjasama untuk meningkatkan lagi mutu blog-blog aku.

Okey, setakat ini dulu. Aku perlu bersiap untuk menghadiri majlis kahwin coursemate aku di Selayang. Salam semua.


Sunday, December 13, 2009

Malam Pertama Kita

Malam Pertama Kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan esak tangis sanak-saudara

Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah susuk Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan...
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu...jarang orang memakainya..
Kerena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan ke baju Kita...
Bahagian kepala...badan...dan kaki diikatkan
Tataplah....tataplah...itulah wajah Kita
Keranda pelaminan...langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat...
Saksi-saksinya nisan-nisan...yang telah tiba duluan
Siraman air mawar...penghantar akhir kerinduan
Dan akhirnya...tiba masa pengantin...
Menunggu dan ditinggal sendirian
Untuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan...
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah...

Dan ketika 7 langkah telah pergi...
Sang Malaikat lalu bertanya...
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur....
Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu...


Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke



''Malam Pertama Kita''

Sunday, December 6, 2009

Bulan Disember - Kenduri Kahwin










Seperti tahun-tahun sebelumnya, bulan Disember sebagai bulan terakhir kalendar Masihi sdatang lagi untuk mengakhiri tahun 2009. Biasalah, bulan Disember ini selalunya cuti sekolah jadi banyaklah kenduri-kendara seluruh negara. Bagi pasangan-pasangan yang ingin menamatkan zaman bujang, bulan Disember sering dipilih kerana katanya cuti panjang, saudara-mara senang balik kampung jadi masing-masing sibuklah berebut tarikh untuk melangsungkan perkahwinan.

Aku pun tidak terkecuali. Sibuk membahagikan masa ke kenduri kawan-kawan. Dek banyak sangat undangan, ada yang aku tidak dapat hadir jadi aku pohon maaf sangat. Mana-mana yang sempat dan dapat datang insyaallah aku sampai. So, di sini ada beberapa keping foto perkawinan coursemate aku semasa di uni dulu. Majlis diadakan di Seremban pada 5 Disember 2009. Semoga khadiran kami dapat memeriahkan suasana. Buat pengantin, aku doakan semoga rumahtangga yang dibina akan bahagia+kekal+diberkati untuk selamanya. Amin...


Wednesday, December 2, 2009

Bulan Islam Anda Lahir

Anda lahir bulan apa? Januari@Mei@Disember?Ogos?..Aku dilahirkan pada bulan April tahun 1984 tapi aku pun tidak ingat bagaimana keadaannya masa aku dilahirkan..hehe.Anda di luar sana tahu ke keadaan sekeliling masa anda dilahirkan ke dunia ini?

Orang selalu sibuk tanya bila birthday? Kita pun jawab bulan April..bulan Jun..bulan Oktober. Belum pernah aku dengar orang bila ditanya bila lahir jawab dalam bulan Islam. Kenapa? Mungkin ramai yang tidak tahu dia lahir bulan apa sebenarnya jika bulan Islam. Sedih dengarkan..Islam pada nama sahaja. So, di sini aku sisipkanlah bulan-bulan Islam beserta ciri-ciri orang yang dilahirkan dalam bulan tersebut.


Let's check it!



MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.


RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan


Aku lahir bulan Rejab..kawan-kawan??

 
Related Posts with Thumbnails