Hari ini sudah masuk 2 Muharam, hari ke-2 dalam tahun baru Islam. Tidak lama lagi akan masuk tahun baru Masihi pula. Sedar atau tidak hari yang berlalu semakin meninggalkan kita. Adakah kita yang ditinggalkan oleh masa atau kita yang terlalu leka sehingga ketinggalan? Bolehkah kita beriringan dengan masa atau kita yang jauh meninggalkan masa di belakang, mungkinkah terjadi?
Selamat Tahun Baru aku ucapkan kepada kawan-kawan yang selama ini sudi melawat blog aku dan mendengar aku mencoret-coret di sini. Kadang-kadang mungkin agak merapu tapi itulah luahan hati aku. Aku ingin bercakap tapi tiada kekuatan pula untuk berucap di khalayak bila ada peluang, tidak pun terlalu banyak hendak dicakapkan sehingga tiada pendengar yang setia dan air liur pun semakin kering. Lalu aku biarkan jari-jari di tanganku yang bersuara. Apa yang aku celotehkan? Aku melalut..maaf.
Begini, untuk post kali ini aku ingin memaklumkan bahawa aku sudah selangkah maju kehadapan apabila berjaya launch akaun facebook aku yang selama ini tidak wujud. Dek terlalu banyak invitation dan semakin sepinya friendster aku, aku pun meluangkan masa semalam 1 Muharam 1431 = 18 Disember 2009 untuk mewujudkan facebook aku sendiri yang didaftarkan atas nama 'Shuhadah Sulaiman'. Namun, akaun friendster aku tetap ada jadi aku boleh dihubungi terus melalui FS@FB untuk jemputan kahwin, kaunter pertanyaan, jejak kasih dan sebagainya.
Selain itu, aku juga ingin maklumkan bahawa aku sedang membina 1 lagi blog khas untuk business purposes. Blog itu aku wujudkan untuk peluang berniaga secara kecil-kecilan di samping mengisi masa terluang. Jadi, akan aku beritahu kelak jika blog tersebut sudah sedia ada. Harap semua dapat memberi kerjasama untuk meningkatkan lagi mutu blog-blog aku.
Okey, setakat ini dulu. Aku perlu bersiap untuk menghadiri majlis kahwin coursemate aku di Selayang. Salam semua.
0 comments:
Post a Comment