Friday, March 27, 2009

Kelahiran Baru


Tanggal 9 Mac 2009, lahirlah seorang lagi hamba Ilahi dengan selamat ke muka bumi ini. Syukur, alhamdulillah..itulah yang dapat aku ucapkan tatkala mendapat berita gembira ini. Kawan aku yang dulu rakan sekelas telah mendirikan rumahtangga pada Mei tahun lepas dan telah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel sekali. Aku mendapat berita ini daripada kawanku sendiri apabila dia mengirim MMS kepada aku baru-baru ini. Kawan aku yang dapat baby, aku pula yang terlebih suka. Tidak salah rasanya menumpang gembira seorang kawan. Aku ingin sertakan sekali foto baby kawan aku tapi tidak sesuai pula aku rasa jadi aku gantikan dengan foto-foto baby yang lain.

Sesuai dengan tajuk post baru ini 'Kelahiran Baru' memang membawa makna yang tersendiri kepada setiap individu. Aku merujuk kepada lahirnya seorang lagi bakal khalifah ke muka bumi untuk post kali ini. Dalam era globalisasi zaman ini, kita tidak boleh lari dengan pelbagai permasalahan yang timbul melibatkan generasi muda kala ini. Ibu bapa mana yang tidak bimbang dengan tumbesaran anak-anaknya berikutan cabaran mendidik anak-anak kian dianggap sukar dewasa ini. Oleh yang demikian, keprihatinan ibu bapa ke atas perkembangan anak-anak menjadi semakin terperinci dalam usaha untuk mengawal anak-anak kita daripada terjebak dengan gejala sosial yang tidak kita ingini. Semoga kelahiran baru kali ini akan membawa satu lagi sinar harapan kepada kita.
Insyaallah.

Tuesday, March 17, 2009

Doa Untuk Kahwin

"Ya Allah, kalau dia memang jodoh ku,
jodohkanlah.....

Tapi kalau bukan jodoh ku,
jodohkanlah jugak.....

Jika dia tidak berjodoh dengan ku,
maka jadikanlah kami jodoh.....

Kalau dia bukan jodoh ku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain ku.....

Kalau dia tidak bisa di jodohkan dengan ku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku.....

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali.....

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar org itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan
kemudian jodohkan kembali dia dengan ku....(nak nak sangat ni..!!!.)

AMIN........

Cubalah..kalau tak dapat jugak.. akan ku tuliskan doa yang baru yeh..

Pernikahan @ Perkahwinan

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?


Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....


Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.


Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.

Isteri adalah murid kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.


Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.


Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.


Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.


Justeru kamu akan tersentak dari alpa.


Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!


Untuk isteri.... renungkanlah. ....


Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?


Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.

Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub

Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.


Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..


Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama


Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.


Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.


Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.


Justeru kamu akan tersentak dari alpa.


Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.

Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!


Justeru itu wahai para suami dan isteri,


Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

C.I.N.T.A

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang
melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah
kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku
menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak
terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling daripada
hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada
seseorang yang
merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah
kenikmatan
itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di
sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan
biarkan aku
tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya
kepadaMu.......
Amin.....

Wahai sahabatku sekalian, sedarlah bahawa kita
hanyalah pelakon yang hina yang hanya mengikut skrip
yang telah diaturkan oleh-Nya....

Genting Lagi


Pandangan dari atas semasa menaiki roda Matahari


Pemandangan kala kabus menyelubungi First World Hotel


Kakak tua yang mengantuk


Tiket Skyway pergi-balik jadi memori

Ingat lagi betapa seriknya aku semasa mula-mula menjejakkan kaki ke Genting tahun lepas. Semuanya gara-gara menaiki Roller Coaster yang memeningkan otak aku. Sedar tidak sedar, ini kali ke-3 aku melancong ke Genting. Kali ini ditemani kawan-kawan semasa belajar di universiti. Maklumlah, sekarang masing-masing sudah berkerjaya jadi masa diluang bersama agak terhad. Syukur, kesempatan cuti 3 hari sempena Maulud Nabi kami tidak sia-siakan walaupun hanya kami berlima sahaja yang ada. Bertolak dari Shah Alam seawal jam 10 pagi akhirnya membawa kami tiba di tapak menaiki kereta kabel hampir jam 12 tengah hari. Nasib baik pengunjung tidak ramai lagi yang beratur untuk menaiki kereta kabel. Apa tidaknya, kali pertama dulu aku beratur hampir sejam untuk tiba ke puncak Genting. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar hari ini. Khuatir juga jika cuaca tidak mengizinkan kerana hujan sering melanda waktu petang. Kami hanya berdoa agar semua berjalan seperti yang dirancang. Aku mencuba semua jenis permainan yang aku tidak sempat cuba semasa kali pertama ke Genting tapi Roller Coaster tidak sama sekali!

Nikmatilah beberapa keping foto yang sempat aku rakamkan..Enjoy!

Saturday, March 7, 2009

Cameron Highland

Pertama kali aku menjejakkan kaki di Cameron terasa amat mengujakan. Maklumlah orang cakap pemandangannya menarik dan kesejukannya masih terasa. Sebenarnya, niat utama adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kepada seorang rakan kerja. Bersama 5 rakan yang lain menaiki 2 buah kereta akhirnya kami tiba di Chemor betul-betul ketika perut sedang lapar. Umpama orang mengantuk disorong bantal, masing-masing makan penuh berselera ditambah dengan keletihan badan dek perjalanan mencecah 3 jam. Rancangan untuk pulang terus ke Kajang ditangguhkan apabila masing-masing mula menggambarkan suasana Cameron. Apa tidaknya, dari Chemor ke Cameron hanya 1 jam saja jadi kami memutuskan untuk merehatkan minda dengan mengunjungi Cameron petang itu. Cuaca yang tiba-tiba hujan sedikit pun tidak mematahkan semangat malah membuat kami tidak sabar-sabar lagi. Jadi, nikmatilah post-post menarik semasa kami di Cameron!

Justify Full

Di kebun bunga kala malam hari..baru lepas hujan..sejuk



Daisy yang cantik dapat aku rakamkan



Bunga ros pink yang sempat aku fotokan


Bersama rakan-rakan yang poyo



Kaktus yang berwarna-warni..cute tapi bahaya!


 
Related Posts with Thumbnails