Ingat lagi betapa seriknya aku semasa mula-mula menjejakkan kaki ke Genting tahun lepas. Semuanya gara-gara menaiki Roller Coaster yang memeningkan otak aku. Sedar tidak sedar, ini kali ke-3 aku melancong ke Genting. Kali ini ditemani kawan-kawan semasa belajar di universiti. Maklumlah, sekarang masing-masing sudah berkerjaya jadi masa diluang bersama agak terhad. Syukur, kesempatan cuti 3 hari sempena Maulud Nabi kami tidak sia-siakan walaupun hanya kami berlima sahaja yang ada. Bertolak dari Shah Alam seawal jam 10 pagi akhirnya membawa kami tiba di tapak menaiki kereta kabel hampir jam 12 tengah hari. Nasib baik pengunjung tidak ramai lagi yang beratur untuk menaiki kereta kabel. Apa tidaknya, kali pertama dulu aku beratur hampir sejam untuk tiba ke puncak Genting. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar hari ini. Khuatir juga jika cuaca tidak mengizinkan kerana hujan sering melanda waktu petang. Kami hanya berdoa agar semua berjalan seperti yang dirancang. Aku mencuba semua jenis permainan yang aku tidak sempat cuba semasa kali pertama ke Genting tapi Roller Coaster tidak sama sekali!
Nikmatilah beberapa keping foto yang sempat aku rakamkan..Enjoy!
0 comments:
Post a Comment