Sunday, December 20, 2009

Kenduri Kahwin - Am & Su




Hari ini hujan turun sangat lebat. Aku sedang bersiap-siap untuk ke majlis kahwin Am dan Su. Hati masih berkira-kira hendak pergi ke tidak..hujan katakan. Rasa malas keluar rumah dalam keadaan hujan yang mungkin akan sebabkan aku kebasahan nanti, panggilan telefon daripada Adib mematikan niat aku untuk tidak menghadirkan diri di majlis Am da Su. Lagipun aku sudah berjanji dengan Hajar untuk pergi sama-sama. Maka, aku pun terus bersiap walaupun masa sudah agak lewat. Sepatutnya aku mesti jumpa Hajar jam 2 petang tetapi disebabkan hujan langkah aku kadang-kadang terpelecok makanya aku tiba di stesen LRT Gombak hanya pada pukul 2.30 petang.

Setiba di stesen, Hajar sudah lama menunggu. Dek kerana sudah lewat dan perut yang sudah berkeroncong sumbang, kami terus memecutkan Jelita (kereta Wira kesayangan Hajar) merempuh perjalanan ke Taman Selayang yang sesak. Syukur, kami tiba setengah jam kemudian dan tetamu masih ramai lagi. Tiba di rumah pengantin, nampak sudah kelibat Xibo dan Janggut yang sudah lama tiba. Kami pun segera mengambil makanan, nasi beriyani+ayam masak merah+rendang daging+acar buah+kuah dalca..nampak menyelerakan sangat. Lagipun, aku sudah 2 hari tidak makan nasi..lapar nasi kata orang. Aku dan Hajar terus duduk di sisi Xibo dan Janggut sambil menjamu selera.

Bayang pengantin masih belum nampak, pergi menghantar mentua balik mungkin. Tidak lama lepas itu, muncullah raja sehari bersama permaisuri hatinya dalam busana biru muda. Sungguh padan sekali dua orang mempelai ini..buat aku pula yang tidak sabar-sabar hendak naik pelamin..hehe. Bila sudah duduk semeja dengan kawan-kawan lama, macam-macam ceritalah yang muncul..masing-masing ada saja berita baru. Memori begini sangat aku impikan..mengimbas kembali zaman kami belajar bertungkus-lumus dahulu.

Tepat jam 4 petang, aku dan Hajar pulang. Maklumlah, pengantin pun sibuk hendak ambil foto outdoor pula di Sungai Tua. Hari masih mendung dengan hujan turun renyai-renyai. Aku meneruskan perjalanan pulang selepas berpisah dengan Hajar di stesen LRT Gombak. Aku tiba di rumah sudah hampir maghrib..penat sangat tapi gembira sebab dapat meraikan satu lagi majlis kawan sekelas aku..Am

Selamat Pengantin Baru kepada Am dan Su. Semoga kalian akan berbahagia hingga ke akhir hayat, insyaallah. Buat rakan-rakan yang masih solo, semoga anda akan bertemu seseorang yang istimewa nanti, amin.




0 comments:

 
Related Posts with Thumbnails