Wednesday, February 10, 2010

Perasa Makanan Kod E TIDAK HALAL-Bahagian 2


Salam semua,


Saya baru sahaja merujuk beberapa soal jawab berkaitan isu halal haram makanan yang mengandungi kod E. Hal ini berikutan komen yang diberikan dalam blog saya yang menyatakan coklat 'Cadbury' adalah haram. Saya sangat suka makan coklat 'Cadbury Blackforest'. Memikirkan yang saya tidak dapat makan lagi jika kenyataan haram itu benar, mendorong saya untuk mencari kebenarannya.

Hasil daripada pembacaan, haram dan halal sesuatu kod E itu bergantung kepada sumber ia diperolehi sama ada daripada haiwan atau tumbuhan. Bagi coklat jenama 'Cadbury' ia telah disahkan halal oleh JAKIM yang mana sumber kod E yang digunakan dalam produk makanannya adalah berasaskan sumber yang telah dikenalpasti dan diyakini halal. Sila klik di sini.


'Mencari yang HALAL itu fardhu'

2 comments:

AZHAR JAAFAR @ RAMLI said...

Akhi, walaupun ianya halal, tapi menyumbang kepada pembangunan ekonomi Yahudi Durjana (syarikat NESTLE yang setiap tahun menerima anugerah berprestij dari perdana menteri yahudi sejak zaman benjamin netanyahu, so tak kan nak makan lagi... Ini isu umat Islam sejagat. jangan biarkan satu sen pun wang umat islam mengalir ke arah membantu Yahudi

Anonymous said...

Assalamualaikum.. saya pon tergerak untuk berkongsi pandangan. saya tahu kod mkanan E ni dari negara eropah.. n apabila negara eropah, saya terfikir macam mana cara penyembelihan binatang sekalipon mereka menggunakan lembu atau binatang halal.. isu sekarang ni memang kita anggap mereka guna binatang yang halal tapi kalau binatang tu dibunuh, bukannya disembelih tetap haram bagi umat islam.. pandangan saya ni umum, bukannya pada produk cadbury sahaja.. saya cuba bersangka baik tapi saya terfikir pengilang ni xkan sembelih binatang melainkan guna kaedah bunuh.. saya stay di aussie n sy pernah tengok diorang bunuh ayam dengn mggunakan gas.. maksud saya nk sampaikan kt sini even ayam pon x disembelih cara islam.. sbb mereka org kafir.. banyak dugaan n cabaran kita sbgai umat islam.. kita sndiri sudah tiada pilihan..apa2 pon, mudah mudahan diampuni segala dosa kita..

 
Related Posts with Thumbnails