Friday, February 5, 2010

Perasa Makanan Kod E TIDAK HALAL!

Hukum halal dan haram begitu sinonim dengan kehidupan harian kita sebagai umat Islam. Isu ini bukan asing lagi kerana hal halal dan haram amat berkaitan dengan hidup sehari-hari kita terutamanya ia adalah isu yang amat dititikberatkan dalam agama kita. Halal dan haram merangkumi seluruh aktiviti harian termasuk makan minum, berpakaian, muamalat, munakahat dan banyak lagi. Walaupun kita sedar akan hal ini dan kepentingannya dalam melahirkan sebuah umat Islam yang berdaya saing dan maju daripada pelbagai aspek, kita pada hari ini kerap sahaja lalai dan alpa. Kadang-kala, hal seperti ini amat remeh, tetapi akibatnya amat besar di kemudian hari dan kita seolah-olah tidak mengendahkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.

Benda-benda yang halal dan haram ini amat mudah mempengaruhi hidup kita. Ia semudah bermulanya daripada makanan yang kita beri kepada tubuh badan kita. Namun begitu sejauh manakah halalnya makanan yang kita makan pada setiap hari? Saban hari, semakin banyak makanan yang kita makan selama ini adalah haram setelah kajian demi kajian dijalankan ke atas sampel makanan. Mungkin boleh dimaafkan kerana kita tidak mengetahuinya tetapi bagaimana pula jika kita sendiri yang tidak mahu ambil peduli akan isu ini? Atau kita sendiri sudah tahu tetapi buat-buat tidak tahu pula. Salah siapa? 


Pada hari ini, anak-anak kita membesar dalam suasana yang amat mencabar. Hari demi hari, pelbagai salah laku oleh anak-anak kita terpampang di dada akhbar. Seharusnya, kita selaku orang yang lebih dewasa perlulah membimbing mereka. Semuanya bermula daripada makanan yang kita beri bagi tumbesaran anak-anak ini. Oleh yang demikian, prihatinlah wahai pembaca semua dengan isi kandungan setiap apa yang kita makan dan makanan yang kita beri kepada keluarga kita agar kita terhindar daripada benda-benda yang haram ini. Zahir nampak halal tetapi hakikatnya haram. Berdoalah kita kepada tuhan agar kita akan diampuni atas kelalaian dan kealpaan kita sebagai manusia akhir zaman.

Renungkanlah...

2 comments:

MuiZ said...

KAT CADBURY PN ADE KOD NIE...skang aku dh xmkn cadbury n cklat2 len..

ceri merah said...

owh yeke..hmmm,ak suka cadbury..hmmmm,xleh mkn la pasni..tq muiz cz btau cadbury xleh d mkn

 
Related Posts with Thumbnails