Sunday, March 21, 2010

Ketakutan Melampau - Bahagian 1


Aku ingin berkongsi satu pengalaman di sini. Sepatutnya isu ini ingin aku ketengahkan semalam tetapi aku sibuk sangat semalam jadi hanya sempat online sebentar melawat beberapa blog blogger sahaja. 

Ketakutan melampau! Bagaimana ia terjadi? Apakah ketakutan melampau? Penyakit mental ke?

Suatu pengalaman yang berlaku petang kelmarin (petang Jumaat) semasa aku dan suami dalam perjalanan pulang ke kampung telah mendorong aku untuk berkongsi isu ini. Sebelum aku membebel lebih panjang, izinkan aku bercerita tentang apa yang berlaku petang Jumaat itu. Kami dalam perjalanan pulang dari ibu kota KL ke Batu Pahat, Johor. Kenderaan di lebuhraya tidak banyak, mungkin sebab bukan cuti sekolah atau cuti umum maka tidak ramai yang ingin pulang ke kampung. Perjalanan berjalan lancar sambil aku dan suami berborak-borak di dalam kereta bagi mengelakkan dia daripada mengantuk. Kami memandu di lorong laju tetapi tetap mematuhi had laju 120km/j. Tiba-tiba meluncur laju sebuah pacuan 4 roda di belakang kereta kami. Beberapa kali dia memberikan lampu tanda meminta kami memberi laluan tetapi kami tidak berkesempatan berbuat demikian kerana di sebelah ada beberapa kenderaan+lori maka kami perlu memecut untuk memotong kenderaan-kenderaan terbabit sebelum boleh memberi laluan kepada pacuan 4 roda itu. Belum sempat kami berbuat demikian, ia sudah memotong kami dari kiri dan kini berada di hadapan kereta kami. Aku paling bengang bila suami gelak sinis tanda dapat mengenakan pemandu pacuan 4 roda tadi. Mungkin pemandu tersebut perasan dan beranggapan yang kami ingin bermain-main dengannya jadi apabila dia berjaya memotong kereta kami dan berada betul-betul di hadapan kereta kami, dia 3 kali membrekkan keretanya. Aku BENGANG!!! Bukan sahaja bengang dengan pemandu pacuan 4 roda yang tidak boleh bersabar malah dengan cara pemanduan suami aku yang ibarat bermain api di jalan raya. Bukankah tindakan mereka yang saling tidak bertolak ansur di jalan raya ini boleh mengundang perkara yang tidak baik???!!! Aku masam mencuka, kereta kami yang tadi riuh-rendah tiba-tiba sepi...

Perjalanan diteruskan dalam keadaan yang tidak best! Lebih kurang 20 minit berlalu, aku dapat melihat dari cermin sisi kereta terdapat 2 buah kenderaan laju di belakang kami (myV hijau dan Avanza hitam). Tiba-tiba, kedua-dua kenderaan terbabit memotong kereta kami dari kiri dan terus meluncur laju di hadapan kami. Aku hanya memandang seimbas kelibat mereka. Masih mengekalkan kelajuan 120km/j dalam jarak lebih kurang 100m daripada 2 kenderaan tadi di hadapan kami, tiba-tiba dengan mata kepala kami sendiri..kami menyaksikan yang Avanza tadi tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik dan terseret ke sebelah kiri lebuhraya dan melanggar devider sebelah kiri seterusnya berpusing kembali ke tengah jalan sebelum berhenti di lane kedua lebuhraya. Aku tergamam. Semua berlaku sekelip mata. Tiba-tiba aku rasakan yang dada aku berdebar laju, rasa panas dan macam sesak nafas. Aku rasa ingin menangis tetapi tidak boleh. Mengapa? Aku menyuruh suami berhenti sebentar di RnR sambil aku cuba menenangkan diri. Perasaan ini macam pernah aku alami tapi bila ye?

Aku kembali tenang dan kami meneruskan perjalanan. Masing-masing mengulas tentang kejadian real depan mata kami tadi. Nasib baiklah aku rabun dan tidak memakai cermin mata kerana jika tidak aku mesti sudah nampak jelas bahawa terdapat kepala seorang remaja terkeluar dari tingkap dan diseret semasa Avanza itu terseret ke kiri lebuhraya. Ngeri aku dengar!

Aish..aku melalu terlalu panjang pula. Maaf. Baik terus kepada isu yang sebenar. Selepas menyaksikan kejadian ngeri itu, aku jadi sedikit takut dan hilang keyakinan untuk memandu. Maklumlah, aku baru saja dapat lesen. Semalam petang suami aku paksa bawa kereta..tup..tup enjin mati dan aku jadi kelam-kabut. Masa inilah perasaan yang aku alami selepas menyaksikan kemalangan kembali. Suami aku sudah bising-bising sedangkan aku masih kelu dan aku teringat kembali kejadian jatuh motor 11 tahun yang lalu bagaimana kemalangan motor itu menyebabkan aku jadi berdebar dan berpeluh sejuk setiap kali bila aku cuba menunggang motor. Dan selepas kejadian jatuh motor itu juga aku langsung tidak menyentuh motor selama 2 tahun sehinggalah dipaksa emak untuk ambil lesen motor. Adakah perasaan sama menyelubungi diri aku kini? Arrrggghhhh...aku jadi takut dengan kereta pula!

Aku mencari-cari info di website-website tentang apa yang berlaku kepada diri aku. Adakah aku mengalami fobia terhadap sesuatu situasi akibat pengalaman lepas? Berdasarkan pembacaan aku, fobia adalah satu perasaan yang mana seseorang akan berasa cemas, risau dan takut serta akan mengelakkan diri daripada berhadapan dengan objek atau situasi tertentu. Ia adalah salah satu masalah mental yang idaklah kronik tetapi dianggap serius oleh masyarakat kerana impaknya yang boleh membataskan aktiviti individu setiap hari. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis yang umum iaitu fobia biasa, fobia agora dan fobia sosial. Namun begitu terdapat pelbagai jenis fobia merujuk kepada apakah objek atau situasi yang cuba dielakkan oleh pengidapnya. Masalah fobia ini boleh dirawat dengan mendedahkan pesakit kepada objek dan situasi tertentu. Jika tidak, ia akan melarat seterusnya mengganggu perjalanan harian individu itu sendiri. 

Setelah mengkaji apa yang aku alami, sebenarnya aku belumlah kronik sangat dengan masalah fobia ini. Apa yang sedang aku alami ialah panik yang mana aku mengalami rasa bimbang yang terlampau seterusnya menyebabkan aku berdebar dan berpeluh-peluh. Adakah anda fobia? Panik? Gila?

Aku akan membincangkan isu ini lagi di bahagian yang seterusnya. Untuk itu aku berhenti setakat ini dahulu. Harap dapat berkongsi pengalaman jika para blogger pernah mengalami apa yang aku alami.

4 comments:

aimighazali said...

rsnye normal tu adah..perasaan tu mmg susah nk hilang..like me happen ms g langkawi van ktrg terbalik dgn tayar 4 kt atas ms driver tu amek corner side kiri..few wks after kne amek lesen kete plak..mmg rs sgt cuak+takut n segala2nya la..even now pun still lg rasa seriau bile nk amek corner..

cume adah kene yakin..InsyaAllah lame2 ok..try dl drive berteman..sampai adah yakin br la try drive sorang2..

bukan ape..mmg ade org y leh jd driver kite tp dl selalu fikir if emergency macam mane?n happen to be sume org xde..so at least kite tau drive sendri..

ms nak amek lesen dl ade sorang makcik ni dh 2 3 kali fail..tp die sgt bersemangat nk blaja smpi lulus..bile tanye nape die nk amek lesen kete wlpun dah tua die ckp husband die x sehat..so nnt senang nk hantar husband die g hospital..Ya Allah mulianya hati makcik tu..terus rs tercabar dlm takut2 tu..

so adah..gud luck!!!ramai org di belakang anda y akan tlg+sokong anda

p/s-sorry panjang sket komen ;D

ceri merah said...

tq aimi..tu la kt pun pk cmtu jg..skrg tgh cri kekuatn+keyakinan..lesen dah dpt juz cri msa y suai utk bw sndri..hu2..hope evrytin ll b ok soon..hmmm

Arra JaSmY said...

Salam sis,

Jgn diiukutkan sgt perasaan tu.keep on bawak kete biar juz sekadar utk pusing2 pown tak pew.tp jgn biar perasaan takut tuh halang sis dari pegang kereta takut lama2 akan jadi lagi lg mlarat,silap2 naik kereta pown sis tak nak.positive kan fikiran n hati.n jgn mngalah k.InsyaALLAH..:)

Unknown said...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ

 
Related Posts with Thumbnails