Thursday, March 18, 2010

AWAS - Penyakit PHD Parah!



Penyakit PHD? Sakit apa itu? Tidak pernah dengar pun? Ala..peduli apa aku dengan sakit PHD. Sekarang zaman teknologi canggih, setiap penyakit ada ubatnya, vaksinnya. Biasalah, sudah akhir zaman macam-macamlah penyakit yang timbul. Alahai..








PHD - Perasaan Hasad Dengki

Sedarkah kita yang virus PHD memang sudah ada dalam diri kita sejak roh ditiupkan ke dalam jasad semasa kita di dalam kandungan ibu lagi?  Jika sedar, berapa ramai pula antara kita yang cuba merawatnya? Jika kita masih tidak sedar, mengapa kita begitu lalai sehingga tidak tahu penyakit yang ada dalam diri kita sendiri? Mengapa? 

Kita umpama endah tidak endah sahaja dengan penyakit yang telah kita ada ini. Kita lebih gusar jika kita demam, selesema, batuk, cirit, pening dan sebagainya yang ditunjukkan oleh sistem pertahanan fizikal badan kita. Kita akan cepat-cepat pergi klinik, cari doktor, minta ubat..minta MC tetapi bila diri kita memberi respon (kurang senang dengan kebahagiaan+kejayaan+kelebihan dan lain-lain) yang menunjukkan kita berpenyakit PHD, kita masih relax..cool seperti ianya penyakit kecil sahaja. Butakah kita? Kurangkah ilmu pengetahuan kita? Sehingga virus PHD yang pada mulanya hanya sekelumit boleh menular seterusnya akan memusnahkan diri kita di dunia dan di akhirat. 

PHD adalah salah satu penyakit rohani (hati) yang teramat kronik jika kita bijak mengubatinya. Ia boleh merosakkan diri kita malah tuhan sangat memandang keji orang yang memiliki penyakit ini. Apa yang dipandang oleh tuhan di sisinya bukanlah orang-orang yang cantik+tampan paras rupanya, orang-orang yang kaya-raya harta bendanya tetapi adalah mereka-mereka yang memiliki hati yang sungguh bersih dan suci daripada penyakit-penyakit hati.

Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu.” (Hadis riwayat Muslim).

Adakah kita tidak takut dengan hukuman yang telah ditetapkan tuhan kepada mereka-mereka yang berpenyakit hati ini? Adakah kita sangat-sangat puas hati bila dapat menjatuhkan musuh yang sangat kita benci? Adakah kita tergolong dalam orang-orang munafik? Sesungguhnya, mereka yang berhasad dengki terhadap orang lain adalah tergolong sebagai orang yang munafik. Nauzubillah...

Oleh yang demikian, muhasabahlah diri kita agar hati kita akan kembali suci dan bersih daripada dihinggapi penyakit-penyakit ini. Kepada mereka yang menjadi mangsa hasad dengki pula, janganlah kita berdendam dan membalas kembali perbuatan hasad dengki itu tadi kerana apabila kita melakukan sedemikian maka kita juga akan tergolong ke dalam orang-orang yang munafik. Sebaliknya, bersabarlah dan berdoalah kepada tuhan agar tuhan akan mengurniakan hidayah kepada mereka yang berpenyakit PHD ini. Insyaallah...

0 comments:

 
Related Posts with Thumbnails