Thursday, March 18, 2010

Pulanglah Sayang...

Aku sedang menunggu seseorang. Siapa? Siapa lagi jika bukan my beloved HUBBY. Sepatutnya kami sudah keluar office jam 4.30pm tetapi bayang tahi hidung dia pun aku masih tercari-cari. Urrrgghhh...bosannya menunggu sambil melayan internet dan aku pun merapu-rapu menulis entry ini. Jam sudah melepasi jam 5.00pm, perutku sudah bernyanyi sumbang dek kerana tidak lunch tadi. Alkisahnya, aku selalu makan tengah hari dengan dia so bila dia tiada aku pun jadi malas makan (1 habit yang amat merisaukan HUBBY aku - aku baru sihat daripada keracunan akibat masuk angin yang sangat menyiksakan!). Aku ingat boleh pulang awal hari ini, baru rancang hendak main masak-masak dengan dia tetapi sudah lewat pula. Kebetulan, HUBBY ada meeting dari pagi tadi di Rembau. Katanya sekejap tapi sampai sekarang masih tiada lagi. Bencinya menunggu..menunggu dan terus menunggu. Sudah puas aku melawati blog-blog, membaca artikel-artikel menarik dan mata aku semakin kuyu dibuatnya. Maklumlah, aku mengalami sindrom kurang rehat (bukan kurang tidur) akibat lena yang selalu diserbu mimpi-mimpi yang betul-betul mencabar kekuatan emosi aku. Seminggu ini memang aku rasa letih sangat sebab masalah mimpi-mimpi yang aku alami. Harap keadaan ini akan kembali pulih segera.

Sedang aku menunggu dengan muka monyok seribu, terjumpa satu video yang menarik untuk dikongsi di sini. Harap dapat share dengan semua :)

Cepatlah pulang!!!

2 comments:

Billet-DOux said...

cute kucing tuh. betul! penantian memang satu penyeksaan..ehehe

ceri merah said...

penat sgt menunggu..i nk dinner cz perut dah sakit dia leh wat dunno je..last2 i msk megi+merajuk dgn hubby..he2..merajuk2 manja..ala2 kucing gitu..

 
Related Posts with Thumbnails