Monday, December 21, 2009
Lady In Red Giveaway
Posted by
aredha
at
11:45 PM
2
comments
Labels: Contest
Black & White Photography Contest
Posted by
aredha
at
10:57 PM
0
comments
Labels: Contest
Giveaway Contest
Posted by
aredha
at
9:03 PM
0
comments
Labels: Contest
Sunday, December 20, 2009
Kenduri Kahwin - Am & Su
Setiba di stesen, Hajar sudah lama menunggu. Dek kerana sudah lewat dan perut yang sudah berkeroncong sumbang, kami terus memecutkan Jelita (kereta Wira kesayangan Hajar) merempuh perjalanan ke Taman Selayang yang sesak. Syukur, kami tiba setengah jam kemudian dan tetamu masih ramai lagi. Tiba di rumah pengantin, nampak sudah kelibat Xibo dan Janggut yang sudah lama tiba. Kami pun segera mengambil makanan, nasi beriyani+ayam masak merah+rendang daging+acar buah+kuah dalca..nampak menyelerakan sangat. Lagipun, aku sudah 2 hari tidak makan nasi..lapar nasi kata orang. Aku dan Hajar terus duduk di sisi Xibo dan Janggut sambil menjamu selera.
Bayang pengantin masih belum nampak, pergi menghantar mentua balik mungkin. Tidak lama lepas itu, muncullah raja sehari bersama permaisuri hatinya dalam busana biru muda. Sungguh padan sekali dua orang mempelai ini..buat aku pula yang tidak sabar-sabar hendak naik pelamin..hehe. Bila sudah duduk semeja dengan kawan-kawan lama, macam-macam ceritalah yang muncul..masing-masing ada saja berita baru. Memori begini sangat aku impikan..mengimbas kembali zaman kami belajar bertungkus-lumus dahulu.
Tepat jam 4 petang, aku dan Hajar pulang. Maklumlah, pengantin pun sibuk hendak ambil foto outdoor pula di Sungai Tua. Hari masih mendung dengan hujan turun renyai-renyai. Aku meneruskan perjalanan pulang selepas berpisah dengan Hajar di stesen LRT Gombak. Aku tiba di rumah sudah hampir maghrib..penat sangat tapi gembira sebab dapat meraikan satu lagi majlis kawan sekelas aku..Am
Selamat Pengantin Baru kepada Am dan Su. Semoga kalian akan berbahagia hingga ke akhir hayat, insyaallah. Buat rakan-rakan yang masih solo, semoga anda akan bertemu seseorang yang istimewa nanti, amin.
Posted by
ceri merah
at
12:27 AM
0
comments
Saturday, December 19, 2009
Penghijrahan BARU
Posted by
aredha
at
10:36 AM
0
comments
Labels: Monolog
Sunday, December 13, 2009
Malam Pertama Kita
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan esak tangis sanak-saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah susuk Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan...
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu...jarang orang memakainya..
Kerena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan ke baju Kita...
Bahagian kepala...badan...dan kaki diikatkan
Tataplah....tataplah...itulah wajah Kita
Keranda pelaminan...langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat...
Saksi-saksinya nisan-nisan...yang telah tiba duluan
Siraman air mawar...penghantar akhir kerinduan
Dan akhirnya...tiba masa pengantin...
Menunggu dan ditinggal sendirian
Untuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan...
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah...
Dan ketika 7 langkah telah pergi...
Sang Malaikat lalu bertanya...
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur....
Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu...
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke
''Malam Pertama Kita''
Posted by
ceri merah
at
11:57 AM
0
comments
Labels: Muhasabah Diri
Sunday, December 6, 2009
Bulan Disember - Kenduri Kahwin
Aku pun tidak terkecuali. Sibuk membahagikan masa ke kenduri kawan-kawan. Dek banyak sangat undangan, ada yang aku tidak dapat hadir jadi aku pohon maaf sangat. Mana-mana yang sempat dan dapat datang insyaallah aku sampai. So, di sini ada beberapa keping foto perkawinan coursemate aku semasa di uni dulu. Majlis diadakan di Seremban pada 5 Disember 2009. Semoga khadiran kami dapat memeriahkan suasana. Buat pengantin, aku doakan semoga rumahtangga yang dibina akan bahagia+kekal+diberkati untuk selamanya. Amin...
Posted by
ceri merah
at
6:26 PM
0
comments
Wednesday, December 2, 2009
Bulan Islam Anda Lahir
Orang selalu sibuk tanya bila birthday? Kita pun jawab bulan April..bulan Jun..bulan Oktober. Belum pernah aku dengar orang bila ditanya bila lahir jawab dalam bulan Islam. Kenapa? Mungkin ramai yang tidak tahu dia lahir bulan apa sebenarnya jika bulan Islam. Sedih dengarkan..Islam pada nama sahaja. So, di sini aku sisipkanlah bulan-bulan Islam beserta ciri-ciri orang yang dilahirkan dalam bulan tersebut.
Let's check it!
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
Aku lahir bulan Rejab..kawan-kawan??
Posted by
ceri merah
at
12:46 PM
3
comments
Labels: Muhasabah Diri
Wednesday, November 25, 2009
Bengkel Pemurnian Fail Meja
Secara amnya,fail meja adalah satu fail rujukan tentang tugas-tugas utama seseorang kakitangan awam.Fail ini amat penting kerana ia menggariskan hanya tugas-tugas utama serta prosedur tugas yang perlu dilakukan bagi melaksanakan tugas utama tadi.Fail ini boleh dijadikan rujukan sekiranya seseorang itu baru bekerja di jawatan tersebut atau diminta melaksanakan kerja orang lain.Fail meja ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap tugas dilaksanakan dengan efektif dan sebarang pembaharuan bagi meningkatkan kualiti kerja dapat dilakukan.
Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini melibatkan seramai lebih kurang 20 orang pekerja di jawatan N22 dari seluruh IKM/KKTM negara.Perbincangan pemurnian fail meja ini membangkitkan pelbagai isu bagi proses penambahbaikan tugas N22.Kerjasama para peserta amatlah menggalakkan dan diucapkan ribuan terima kasih.Diharap bengkel-bengkel seperti ini dapat dilaksanakan di masa akan datang dengan lebih kerap lagi agar mutu kerja kakitangan awam dapat ditingkatkan ke tahap maksimum.
Insyaallah...
Posted by
ceri merah
at
10:49 PM
1 comments
Labels: Monolog
Sunday, November 22, 2009
H.A.N.G.A.T
Fikirkan sejenak..muhasabah diri..
Pelbagai skim hari ini diperkenalkan,kononnya boleh dapat jadi kaya cepat!!Ala,lebih dikenali sebagai 'Skim Cepat Kaya'.Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini untuk meraih keuntungan,yang ruginya para pelabur yang ingin sangat jadi kaya segera.Semalam aku menonton 'Bijak Wang'-satu rancangan di TV3 yang aku kira amat bagus kerana ia mendedahkan pelbagai isu semasa berkaitan pengurusan wang serta mengajar kita bagaimana untuk mengurus wang dengan bijak.Isu semalam membincangkan 'Skim Cepat Kaya' yang amat popular di kalangan masyarakat.Walaupun ramai di antara kita sedar akan risiko yang bakal dihadapi apabila menyertai 'Skim Cepat Kaya',masih ramai lagi yang mempercayai pulangan yang bakal diperolehi daripada skim ini.Merujuk isu ini,adalah dinasihatkan agar masyarakat melakukan kaji selidik terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.Anda di luar sana bolehlah datang terus ke Bank Negara Malaysia untuk pengesahan sesebuah syarikat yang anda ingin melabur atau mendapatkan pelbagai tips berguna mengenai pengurusan kewangan dan lain-lain.Di samping itu,anda juga boleh melayari www.tv3.com.my/bijakwang untuk mendapatkan pelbagai info.
Sila layari sekarang http://www.dapatwang.com/?id=page_id_04
Posted by
ceri merah
at
10:19 AM
0
comments
Labels: Monolog
Tuesday, November 17, 2009
Berapa Harga Isteri Anda
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya....
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"
Posted by
ceri merah
at
10:16 AM
1 comments
Labels: Muhasabah Diri
Bebelan Seketika
Bagi aku,masih banyak yang aku nak buat sebenarnya dalam tahun 2009 tapi ada juga yang tak terbuat lagi.Maklumlah,komitmen di sekeliling agak menyesakkan kepala so terpaksalah aku tangguhkan apa yang aku nak buat?Apa yang aku nak buat tapi tak buat lagi?Hmmmmmmmm..Aku teringin sangat nak ada kereta sendiri+lesen sendiri+rumah sendiri dan semuanya sendiri.Setakat ini,alhamdulillah aku dapatlah realisasikan beberapa impian yang aku nak macam beli kereta-dapat sudah tapi aku tak pandai bawa lagi!!..Then,aku nak habiskan lesen tapi masih tiada kesempatan..Masih mengintai-intai tempat untuk sambung belajar memandu..hehe..Harap-harap dapatlah aku tamatkan pengajian dan dapat phd dengan cemerlang dalam memandu..ececeh.Tapi aku sedih juga sebab kereta aku sudah dicium orang even aku tak bawa lagi :( Adatlah berkereta memang lumrah cium sana sini.Belajar dari kesilapan.Pasal lesen kereta,kawan-kawan di luar sana tolong doakan ye..
Seterusnya,impian aku untuk memiliki rumah sendiri masih belum tercapai sebab duit simpanan aku gunakan semua untuk downpayment kereta so aku kena kumpul duit lagi untuk beli rumah pula.Aku bukan teringin sangat rumah besar,asal aku dapat berteduh dari hujan+panas+tidur+makan+rehat dengan aman cukuplah..So manalah tahu jika ada di antara pembaca di luar sana yang ingin membantu merealisasikan rumah impian aku..bolehlah hulurkan sumbagan-downpayment ke nasihat pinjaman perumahan ke nasihat peribadi ke amat dialu-alukan.Buat masa ini kumpul duit dulu sebab aku pun belum konfem lagi jadi mana boleh buat pinjaman perumahan..mungkin 2-3 tahun lagi bolehlah.Doakan ye!
Apa lagi ye impian yang tahun 2009?Aku ingat-ingat lupa lah..Tengah mencari-cari apa yang perlu direalisasikan untuk tahun akan datang..haha
Posted by
ceri merah
at
8:38 AM
1 comments
Labels: Monolog
Sunday, November 15, 2009
Menuju Alam Perkahwinan - Bahagian 3
RENUNGAN BUAT SUAMI
Wahai sang suami ....
Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isetrimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!!
Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?!!
Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mengucup pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!!
Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut sang isteri, agar anda mendapat pahala?!!
Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap : "Assalamu`alaikum Warahmatullah Wabarakatuh" agar anda meraih 30 kebaikan?!!
Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!!
Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!!
Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah : "Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun".
Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, kerana Rasulullah bersabda :"Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah".
Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata : Ya. Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya.
Ucapan baik adalah sedekah.
Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah.
Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan.
Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa.
Berhubungan badan mendapatkan pahala.
Diambil dari kitab " Fiqh pergaulan suami istri " oleh Syeikh Mushtofa Al Adawi.
Posted by
ceri merah
at
7:18 PM
0
comments
Labels: Muhasabah Diri
Menuju Alam Perkahwinan - Bahagian 2
5 Tips Agar Si Dia Bersikap Terbuka
Rahsia 1
Lelaki takut akan penolakan. Kebanyakan lelaki merasakan bahawa wanita sangat kritis terhadap mereka dan mereka bimbang jika mereka bersikap terbuka, orang lain akan mentertawakan, membiarkan mereka merasa diketepikan dan malu. Penting bagi wanita untuk menyedari bahawa ego dan keakuan seorang lelaki sangat rapuh, dan mudah terluka dibandingkan wanita. Lelaki biasanya berusaha untuk menarik perhatian pasangannya, mendapatkan respons dan merasa bahawa dia telah menyenangkan pasangannya. Jika seorang lelaki itu menganggap anda melihat dia dengan pandangan yang berbeza dari sebelumnya setelah dia mengatakan sesuatu hal, percayalah selepas itu dia sukar atau tidak akan berbicara lagi dengan anda.Untuk membuatkan seorang lelaki bersikap terbuka, dia harus berasa dirinya diterima oleh pasangan sebagai dirinya seadanya. Bersabarlah terhadapnya. Jika anda memberikan respons terhadap ucapannya dengan balasan bantahan seperti; "Itu tidak benar, saya tidak setuju dengan hal tersebut" Atau "Dari mana awak mendapat idea gila tu?" Tentu saja responnya langsung merendahkan dirinya. Mereka khuatir jika mereka mengucapkan sesuatu yang terlalu personal atau peribadi, berkemungkinan tidak sesuai dengan gambaran yang sedia ada. Jangan halang dia untuk mengungkapkan siapa dirinya yang sebenar. Jika anda dapat menyingkirkan semua harapan anda dan benar-benar cuba mencari siapa dirinya, dia akan segera merasakannya. Malah, dia akan merasa lebih mudah dan senang untuk berbicara dengan anda.
Rahsia 2
Kongsi juga rahsia anda dengannya. Pastilah anda saling bergantung antara pasangan. Kebanyakan lelaki berfikir, "Jika saya menceritakan hal tersebut, pasti dia akan meninggalkan saya". Anda harus menunjukkan padanya bahawa anda percaya padanya sehingga anda pun bersikap terbuka dan berkongsi apa sahaja rahsia anda. Pada saat dia mula bersikap terbuka, dengarkanlah apa yang ingin dikatakannya, kemudian tawarkan sesuatu yang positif padanya. Contoh: "Pengalaman abang boleh tahan sedihnya, saya pun pernah mengalaminya" atau "Saya kagum atas tindakan awak waktu itu" dan ambillah contoh dari ceritanya tadi yang membuatkan anda kagum padanya (jangan pula terlalu berpura-pura, kerana semua orang boleh perasan kalau lawan cakapnya sedang mengatakan sesuatu yang tidak benar). Biarkan dia mengetahui bahawa anda adalah di pihaknya dan dia tidak bersendirian dalam pengalamannya.Kebanyakan wanita mendengar apa yang dikatakan lelaki dan memberi respons negatif dengan memberikan cadangan seharusnya tindakan kamu patut begini atau begitu. Penting untuk melihat situasi dari sudut pandangan dia. Kejujuran dan respons positif dari anda sangat diharapkannya. Pasangan anda akan merasa ada seseorang yang cukup memahami dan memberi perhatian kepadanya. Dan ini akan membuatkan mereka lebih terbuka lagi dengan anda.
Rahsia 3
Lupakan masa lalu. Pernahkah anda berbincang dengan pasangan anda dan berakhir dengan keadaan yang tidak menyeronokkan kerana kesalahan masa lalu yang dilakukannya. Atau mungkin kerana sikapnya yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan anda. Jika seseorang lelaki merasa bahawa kata-katanya nanti akan disalah ertikan, nampaknya makin susahlah dia ingin bersikap terbuka. Dan satu-satunya cara untuk menghindar dari jerat komunikasi seperti ini adalah menyedari bahawa apa pun yang terjadi di masa lalu, atau apa pun yang dikatakan atau dilakukan olehnya, anda terlibat sama di dalamnya.Semua hubungan adalah seperti tarian, tidak ada yang lebih baik atau pun lebih buruk. Kemampuan untuk memaafkan menjadi mudah jika anda cuba memahami bahawa apa saja sikapnya terutama sikap negatif pada dirinya setahun lalu (juga tentang diri anda), mungkin sudah tidak ada lagi pada waktu ini. Komunikasi yang baik memerlukan kemampuan untuk tetap berpegang pada sikap dan keadaan di masa sekarang dan membiarkan masa silam berlalu.
Rahsia 4
Menjadi pendengar yang baik dan melindungi. Bolehkah anda mendapat hubungan yang jujur? Dan alasan terbesar orang yang tidak jujur adalah kerana akibatnya yang juga terlalu besar. Kebanyakan lelaki berpendapat wanita ingin dan perlu dibohongi kerana mereka tidak dapat menerima kejujuran. Lagi pun mereka khuatir pasangannya akan sedih. Kenyataannya, kebanyakan wanita menggunakan emosi mereka untuk mengawal lelaki dan mengawal hubungan mereka. Mereka menuntut respons yang jitu daripada pasangannya dan merasa stres bila mereka tidak mendapatkannya.Tetapi dengan keinginan pasangannya untuk mendengar apa yang harus dia katakan merupakan peringkat awal hubungan yang dewasa. Ini memberikan pada lelaki suatu perasaan bahawa dia memiliki pasangan yang baik yang akan bersamanya dalam suka dan duka. Kemampuan untuk menerima kejujuran dari orang lain meningkatkan kesedaran kita bahawa keharmonian tidak datang kerana persetujuan dari pihak lain, namun dari keikhlasan terhadap diri sendiri.
Rahsia 5
Kebenaran dan keikhlasan pada diri sendiri; waspadalah! Cara yang paling baik untuk membantu seorang lelaki bersikap terbuka adalah terbuka terhadap diri sendiri, dan ciptakan suasana yang hangat dan dapat diterima oleh dirinya. Contoh, dapatkah anda memaaafkan diri anda sendiri atas kesilapan yang dibuat pada masa lalu? Atau anda sentiasa diliputi dengan perasaan bersalah atas kesalahan yang dibuat dulu? Ketika anda memperlakukan diri anda seperti ini, secara semula jadi pasti anda akan melakukan hal tersebut pada pasangan anda.Jika anda terluka, ini kesempatan anda untuk membuat keputusan agar hidup anda tidak dibayangi masa lalu lagi. Kadangkala kita mahu orang lain menerima hal yang sama kembali. Jika anda tidak dapat terima, kekecewaan mulai timbul. Anda harus menyedari bahawa anda akan memberi lebih banyak dari apa yang akan anda terima. Ketika anda memberi pasangan atau orang lain rasa hormat tanpa syarat, anda memberikan hal tersebut juga untuk diri anda sendiri.
Sumber: Mingguan Wanita
Posted by
ceri merah
at
6:40 PM
0
comments
Labels: Muhasabah Diri
Menuju Alam Perkahwinan - Bahagian 1
Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K‘ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Kenal“, “Kelas“, “Kufu“, “Kasih” dan akhir sekali “Kahwin“.
KENAL
Kita disuruh kenal/ta’ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.“Apakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Omar
“Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?”
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi “Pernahkah kamu bermu’amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya” Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya….
Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:-“Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan”
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.Rasulullah memberitahu:-
“Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu”
Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat ” Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki” Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga. Hadis Nabi ada menyatakan:-
“Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya.”
Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya,Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.
“Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya” Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:-
“Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik”
Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ….Begitu juga sebaliknya masalah berlaku Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti “AKU UBAHLAH PERANGAINYA”. Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga….
Tips ini diperolehi daripada www.tips kahwin.com
Posted by
ceri merah
at
6:31 PM
0
comments
Labels: Muhasabah Diri
Monday, November 2, 2009
Spagetti Udang Berkrim
Bahan-bahan (2 orang):
2 ulas bawang merah kecil (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 paket spagetti
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji lobak merah saiz kecil (potong memanjang)
2 biji cili padi (hiris halus menyerong)
1 kotak susu (325ml)
6 ekor udang saiz sederhana (potong kepada 2-3 bahagian kecil)
4 sudu besar minyak masak
Daun sup (ricih halus)
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1.Rebus 1/2 paket spagetti di dalam air yang dicampurkan sedikit garam dan minyak masak
selama 8-10 minit.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan lobak merah, kacau selama
2-3 minit .
3.Masukkan 1/2 kotak susu, cili padi, udang dan tomato. Kacau sebati hingga susu sedikit
mendidih.
4.Toskan spagetti sementara.
5.Kemudian, masukkan spagetti dan gaul spagetti bersama sos krim tadi. Masukkan sedikit
garam dan gula secukup rasa jika suka.
6.Sedia dihidang!
Resipi ini diperolehi daripada www.myresipi.com tetapi telah diubahsuai mengikut citarasa penulis.
Posted by
ceri merah
at
11:08 AM
0
comments
Labels: Resipi
Saturday, August 22, 2009
Monday, June 15, 2009
Bercuti Di Kampung Asahan
Posted by
ceri merah
at
8:48 PM
1 comments
Labels: Memori
Friday, May 22, 2009
Luahan Sebulan Lalu (1)
bersambung...
Posted by
ceri merah
at
10:41 AM
0
comments
Labels: Monolog
Thursday, April 23, 2009
Shopping Mania @ Jusco Cheras
Posted by
ceri merah
at
5:50 PM
2
comments
Labels: Memori