Salam semua,
Alhamdulillah, dapat kita bersua kembali dengan Ramadan al-Mubarak. Sedar tidak sedar, kita berada dalam hari-hari terakhir bulan suci ini. Cepat betul masa berlalu. Puasa tahun ini sedikit muram, berjauhan dengan bb kesayangan 2 minggu terakhir Ramadan. Bilalah agaknya dapat bersatu sebagai sebuah famili sempurna? Kasihan bb, terpaksa aku tinggalkan di kampung bersama datuk&neneknya. Mesti gembira kedua orang tuaku melayan keletah anak kecilku yang sudah makin bijak sekarang. Maafkan ummi sebab terpaksa tinggalkan bb untuk sementara. Berdoalah semoga keadaan ini akan berakhir tidak lama lagi. Walaupun bb masih kecil dan tidak mengerti apa yang dilaluinya sekarang, namun jauh di sudut hati daripada sinar matanya yang kudus terpancar harapan murninya. Semoga kita akan bertemu di Hari Raya ini.
Kesibukan berpuasa membuatkan kita teralpa seketika tentang erti kemerdekaan. Tahun ini genaplah 54 tahun kita merayakan hari penuh bersejarah ini. Syukur, nikmat tanah yang dulunya disimbahi darah kini subur dapat dirasai semua. Pembangunan dan kejayaan menjadi lipatan sejarah negara tercinta ini. Marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan ini di samping Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma sama.
Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menghirup nyaman udara 1 Syawal. Hari Raya Aidil Fitri tahun ini ku sambut dengan lebih meriah insyaallah kerana adanya insan-insan yang disayangi di sisi. Terima kasih kepada hubby dan bb kerana hadir dalam hidup ini. Terima kasih juga buat mak abah, adik-adik serta keluarga mertuaku di atas kasih sayang kalian.
Akhir kata, Selamat Hari Raya-Maaf Zahir Batin-Selamat Hari Merdeka!
0 comments:
Post a Comment