Merindui bb Dzulaiha adalah suatu nikmat tidak terhingga..
Rasanya sudah hampir sebulan meninggalkan bb Dzulaiha dijaga oleh atuk+neneknya di kampung tapi dengan syarat tiap hujung minggu mesti aku+hubby balik kampung tengok bb..Rindu sangat-sangat sebab 4-5 hari tidak jumpa..So setiap Jumaat mesti cuti balik kampung..Penat?Penat jugalah tapi demi kebajikan bb yang masih kecil berkorban sikitlah untuk sementara..Jika bb sudah besar sikit baru bagi pengasuh jaga. Bukan apa, sekarang susah hendak cari pengasuh yang ikhlas untuk jaga bb kita sementara kita kerja.
Dzulaiha sedang tidur, berusia 2 bulan masa ini
Alhamdulillah, walaupun bb berjauhan..dia tetap dapat yang terbaik daripada aku. Setakat ini bb Dzulaiha hanya minum susu ibu sahaja. Oleh sebab bb tiada, rutin mengepam susu sudah jadi lali bagi memastikan stok susu bb sentiasa ada. Dialah yang membuatkan aku kuat semangat untuk membuat stok susu ibu untuknya. Terima kasih sayang ummi. Walaupun kita berjauhan, ummi tetap sayangkan bb Dzulaiha. Insyaallah, jika ada rezeki kita akan bersama-sama kelak. Amin.
0 comments:
Post a Comment