Tuesday, January 20, 2009

Buntu dan Keliru

Aku terpanggil lagi untuk mencoret rasa di laman ini kala malam melabuh tirainya.Seorang diri melayan kesunyian malam terus mengheret aku ke alam khayalan.Namun,aku masih waras untuk terus berada di dunia nyata.Lalu,kesepian malam ini cuba aku luahkan ke dalam bait-bait kata yang semakin membingungkan aku.Sambil melayan irama lagu sayup,aku makin hanyut entah ke mana.Memikirkan arah haluan hidup yang masih samar.Bukankah aku sudah mengambil keputusan ini,untuk menabur bakti bagi membantu anak bangsa sendiri.Namun,aku sendiri masih tertanya-tanya,mampukah aku?Layakkah aku?Walaupun sudah cuba aku kuatkan semangat yang selalu sahaja goyah,aku tetap keliru dengan apa yang aku putuskan.

Pernah seorang kawan yang agak rapat bertanya,layakkah dia mendidik anak bangsa?Aku tanpa ragu2 memberi sepenuh semangat dan akhirnya dia sudah berjaya menempatkan diri untuk menjadi salah seorang pendidik.Aku juga bakal seorang pendidik tetapi kekuatan aku untuk memikul amanah ini masih kurang teguh.Mungkin inilah perasaan yang dirasai oleh kawan aku itu.Mengapa tiba2 aku jadi lemah?Adakah kesunian malam yang memerangkap aku?Aku terus bertanya kepada diriku sendiri,apakah matlamat aku sebenarnya menceburkan diri dalam bidang akademik?Aku rasa seperti mementingkan diri sendiri,niatku seolah-olah tidak ikhlas.Semua ini makin menyesakkan lagi apabila aku rasa seperti gagal memenuhi tanggungjawab aku sepanjang kursus yang sedang aku lalui sekarang.Aku seperti tidak dapat menumpukan tumpuan terhadap kursus yang aku sedang aku ikuti.Walhal,apa yang aku pelajari bakal aku sampaikan kepada anak bangsa aku satu hari nanti.Malangnya,aku masih buntu memikirkan fokus sebenar aku masa ini.

Persoalan demi persoalan yang bermain di benak makin hari makin menyesakkan.Kadangkala aku rasa takut untuk berdepan dengan hari mendatang kerana ada banyak yang aku tidak tahu akan berlaku dan seribu satu keputusan perlu aku buat setiap hari.Mungkinkah aku di fasa kesedaran?

3 comments:

Yazid Husain said...

buat yang terbaik demi anak bangsa

aimighazali said...

adah mmg ade cless ke every weekend..sory x respond msg ari2..after working hr shameena ssh sket rsnye sbb die jauh..prfer weekend..so ble adah free?

Anonymous said...

poyooooooooooo

 
Related Posts with Thumbnails