Friday, January 16, 2009

Tinggalkan Bukan Melupakan

Lama sudah rasanya tidak meluahkan perasaan di laman 'Ceri Merah',rasa seperti tiada lagi kesegarannya..

Hmmm,mungkin keadaan sekeliling membuatkan aku menimbulkan isu ini..Benarkah kita boleh meninggalkan sesuatu yang disayangi tetapi tidak boleh melupakannya..Logikkah tindakan ini?..Entahlah,banyak benda yang bermain-main di fikiran apabila ada masa lapang untuk berfikir..Aku pun keliru bagaimana persoalan ini boleh timbul..Pada firasat aku,'meninggalkan bukan melupakan'mungkin boleh diaplikasikan dalam situasi-situasi yang terdesak..Pelbagai faktor boleh mempengaruhi ungkapan ini sama ada dari sudut positif atau negatif bergantung kepada situasi yang berlaku pada masa itu..Namun,wajarkah tindakan 'meninggalkan bukan melupakan' diambil?..Sanggupkah agaknya individu tersebut bertindak demikian?..Kejamkah jika ia dilaksanakan?..Bolehkah pihak yang satu lagi menerima keputusan ini?..Semakin difikirkan semakin banyak persoalan yang bermain di dalam kotak fikiran yang sempit ini..

Pada tanggapan aku secara ringkas, 'meninggalkan bukan melupakan' membawa maksud sungguh mudah tetapi memberi kesan yang amat mendalam..Bayangkan kita meninggalkan insan yang disayangi terkapai-kapai seorang diri di saat dia amat memerlukan kita di sampingnya..Alangkah kejamnya jika dilihat secara mata kasar..Tetapi kita mungkin ada sebab-sebab tertentu dan kuat barulah kita sanggup bertindak sedemikian..Walaupun kita telah meninggalkan insan tersebut namun amat sukar untuk melupakan semua kenangan bersama..Maka,ingatan inilah yang sebenarnya masih mengikat kita dengan insan yang ditinggalkan..Malangnya,bolehkan insan yang ditinggalkan menerima realiti ini?..Menjadi individu yang ditinggalkan sudah tentu amat menyakitkan..Pastinya seribu satu tanggapan negatif terbit di benak insan yang ditinggalkan terhadap individu yang meninggalkannya..Sedangkan hakikatnya individu yang meninggalkan tidak sama sekali pernah melupakan insan yang ditinggalkan walau sesaat cuma..Namun,fahamkah mereka akan hal ini?..Sebenarnya,kesakitan yang dialami oleh individu yang meninggalkan lebih perit berbanding insan yang ditinggalkan..Bukan mudah untuk membuat keputusan 'meninggalkan bukan melupakan'

Renungkan dan fahamilah...

2 comments:

Yazid Husain said...

huhuhu

betul tu. perasaan menyesal pasti wujud

IrwanIdris said...

lan macam je bunyinye...ahakss...

 
Related Posts with Thumbnails