1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta
mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2.Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara
ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati
anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3.Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang
betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
4.Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa.
Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5.Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6.Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan
kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya
mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7.Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda,
mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8.Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda
mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
9.Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10.Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar
daripada diri anda.
11.Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12.Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah
terlalu penting.
13.Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah
atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri
anda itu.
14.Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
15.Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara
dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan
kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.
Sumber: The Psychologist Magazine
Thursday, November 13, 2008
14 Panduan Mengembangkan Sifat Sabar
Posted by ceri merah at 10:22 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment