Cantik,dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka di jiwa..
Antara bait-bait lagu dendangan Altimet feet Adeep (Fabulous Cat) membuatkan aku tertanya-tanya apakah erti cantik itu sebenarnya?Semua orang mempunyai tanggapan tersendiri bila ditanya apa itu cantik pada kamu.Ada yang berkata ia lebih kepada kecantikan fizikal.Tak kurang pula yang berpendapat cantik itu dari sudut pegangan agamanya,sifat-sifat peribadi seseorang dan macam-macam lagi.Namun,hakikat yang sebenar cantik itu lebih menonjolkan sifat fizikal seseorang.Kadang-kadang haiwan pun kita cakap cantik hanya kerana fizikalnya yang memikat mata.Jadi,cantik yang kononnya subjektif lebih tepat jika kata ianya adalah pandangan pertama seseorang tehadap seseorang yang lain.Tipulah jika ada yang cakap tak kisah cantik ke tak cantik ke,sama saja!
Friday, June 6, 2008
Cantik
Cantik..hanya kerana sebab ini pelbagai rupa bentuk diskriminasi wujud di alam fana ini.Orang sekarang jika boleh semua nak yang cantik saja,yang sedap di mata sedangkan perangai menyakitkan hati..Hmm,lumrah alam.Asal cantik saja mesti konfem lulus punyalah.Sedangkan perangai+bakat+personaliti macam hampeh!Alangkah bagus jika perkataan cantik itu setanding dengan maksud yang dibawanya..
Alahai,tipulah jika aku tak suka benda yang cantik!!!Aku paling suka cantik,tak kisahlah benda ke haiwan ke,baju ke,makanan ke,orang ke jika boleh semua yang di sekeliling aku pun aku hanya nak yang cantik asli sahaja..Cantik,secantik Siti Zulaikha..Amin
Posted by ceri merah at 12:22 PM
Labels: Melodi Lagu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment