Friday, June 20, 2008
Gaji oh Gaji!!!
Posted by
ceri merah
at
2:08 PM
1 comments
Labels: Monolog
Friday, June 13, 2008
Kerat Kuku
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
Posted by
ceri merah
at
10:59 AM
0
comments
Labels: Muhasabah Diri
Friday, June 6, 2008
Cantik
Cantik,dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka di jiwa..
Antara bait-bait lagu dendangan Altimet feet Adeep (Fabulous Cat) membuatkan aku tertanya-tanya apakah erti cantik itu sebenarnya?Semua orang mempunyai tanggapan tersendiri bila ditanya apa itu cantik pada kamu.Ada yang berkata ia lebih kepada kecantikan fizikal.Tak kurang pula yang berpendapat cantik itu dari sudut pegangan agamanya,sifat-sifat peribadi seseorang dan macam-macam lagi.Namun,hakikat yang sebenar cantik itu lebih menonjolkan sifat fizikal seseorang.Kadang-kadang haiwan pun kita cakap cantik hanya kerana fizikalnya yang memikat mata.Jadi,cantik yang kononnya subjektif lebih tepat jika kata ianya adalah pandangan pertama seseorang tehadap seseorang yang lain.Tipulah jika ada yang cakap tak kisah cantik ke tak cantik ke,sama saja!
Posted by
ceri merah
at
12:22 PM
0
comments
Labels: Melodi Lagu
Thursday, June 5, 2008
Jadilah seperti...Jangan seperti...
Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung,jangan seperti gajus
Jagung membungkus bijinya yang banyak,sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu
Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya
Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian,jangan seperti kedondong
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam tetapi di dalamnya lembut dan manis
Berbeza dengan kedondong,di luarnya mulus dan berkilat tetapi di dalamnya ada biji yang berduri
Jaga kesucian dalam pergaulan
Jadilah seperti sengkuang
Walaupun hidup dalam tanah dan selut tetapi umbinya tetap putih bersih
Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai,bukan tandan rambutan
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji-bijinya,semua seimbang,tidak seperti rambutan,ada yang kecil ada yang besar
Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili
Semakin tua semakin pedas
Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti manggis
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya
Posted by
ceri merah
at
1:35 PM
0
comments
Labels: Muhasabah Diri
Lirik : Ada Untukmu (Nubhan AF6)
Di sana pungguk menanti
Mnegharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis tuk persembah
Hanya ketulusan sekeping hati suci
Aku berikan kasih kalau itu yang kau mahu dariku
Aku berikan cinta untuk membahagiakan harimu
Aku sayang dirimu biarpun nafasku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita
Posted by
ceri merah
at
11:15 AM
0
comments
Labels: Melodi Lagu