Perkahwinan
Umpama sebuah pelayaran
Awalnya tenang
pertengahannya makin bergelombang
Dipukul badai dan ombak
Tak mengenal masa dan keadaan
Hanya Nakhoda bijaksana bisa melabuhkan sauhnya
Di sebuah pelabuhan impian
Perkahwinan
Adalah sebuah kebahagiaan
Adalah sebuah kedamaian
Adalah sekelumit kenikmatan
Dari lautan kenikmatan di syurga yang dinantikan
Perkahwinan
Perlukan pengorbanan
Perlukan kesungguhan
Perlukan keyakinan
Perlukan persefahaman
Baru nanti panasnya bisa sampai ke petang
Perkahwinan
Adalah fitrah kemanusiaan
Adalah sunnah yang perlu dilaksanakan
Moga nanti akan wujud generasi ummah
Yang bakal mempertahankan
Keagungan dan kesucian
Deenul Islam
-Abu Aslam (02/02/06)-
Wednesday, February 3, 2010
Puisi - Erti Sebuah Perkahwinan
Posted by
aredha
at
4:38 PM
1 comments
Labels: Muhasabah Diri
Thursday, January 28, 2010
Percutian Famili - Bukit Melawati (24 Jan 2010)
Matahari petang yang menyambut ketibaan kami di Bestari Jaya
Sawah padi menghijau di Kampung Seri Tiram amat mengimbau kenangan
Berhenti sejenak menjamu selera selepas penat berkunjung ke rumah jiran-jiran lama
Bersedia menaiki keretapi ke Bukit Melawati
Lotong, haiwan jinak yang menyambut ketibaan kami di puncak Bukit Melawati
Percubaan memberi makan lotong
Bertegur sapa dengan si lotong
Si lotong melompat gembira menyambut salam yang dihulurkan
Berebut apa si lotong ini?!
Aksi akrobatik
Famili si lotong yang amat besar
Mari melompat beramai-ramai!
Anak lotong yang masih kecil, comel sangat!!
Renungan tajam si penjinak lotong
Mari bergayut kawan-kawan
Melepas lelah di batu
Menjadi sumbu untuk meletupkan meriam
Bergaya ala rumah api
Pintu masuk ke muzium
Foto kenangan selepas melawat muzium
Cutenya!
Bersedia sebelum turun dari Bulit Melawati
Melawat Taman Ikan pula
Antara burung-burung yang ada di Taman Ikan
Si landak yang kelaparan
Menanti kehadiran bas untuk pulang ke Kuala Lumpur
Stesen bas Kuala Selangor
Posted by
aredha
at
10:04 PM
0
comments
Labels: Monolog
Tuesday, January 26, 2010
Walimatul Urus Azrinna-Radzi
Peta lokasi ke rumah pengantin
Dengan segala hormatnya kami, Azrinna&Radzi ingin menjemput rakan-rakan sekalian untuk hadir ke majlis perkahwinan kami pada masa, tempat dan hari seperti yang tertera pada foto di atas. Semoga dengan kehadiran rakan-rakan akan menyerikan lagi majlis kami serta diberkati oleh-Nya hendaknya. Amin.
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
Posted by
aredha
at
9:02 AM
0
comments
Labels: Monolog
Monday, January 25, 2010
Walimatul Urus Ada - Zul
Salam sejahtera semua.
Dijemput rakan-rakan sekalian dan para pembaca blog aku untuk hadir bagi memeriahkan suasana dan meraikan aku dan pasangan sebagai pengantin baru insyaallah pada 15 Februari 2010 (1 Rabiulawal 1431H) di tempat perempuan dan pada 27 Februari 2010 di tempat lelaki. Butiran lanjut ada di dalam foto di atas. Semoga kehadiran rakan-rakan sekalian akan memberkati lagi majlis kami.
Di samping dapat meraikan aku sebagai pengantin, mungkin juga dapat reunion sekali dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak ketemu.
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
Posted by
aredha
at
9:21 PM
0
comments
Labels: Monolog
Wednesday, January 20, 2010
Sunday, January 10, 2010
Saguhati dari UK :)
Ada 3 batang pensil istimewa untuk aku (Adah)-Azrin-Rimi ikhlas daripada En.Suhaimi yang diterbangkan khas dari UK. Terima kasih kepada pemberi kerana ingat kami walaupun tengah syok makan angin di UK. Maaflah pensil cuma cukup-cukup untuk kami ber-3 saja. Pensil Uk ini dihias dengan gambar bendera negara mereka, sungguh patriotik. Selepas ini teringin untuk cari pensil buatan negara kita yang ada 'Jalur Gemilang' pula. Jika ada sesiapa yang jumpa tolong beritahu ye..Ada sesiapa yang hendak bagi hadiah saguhati lagi ke? Amat dial-alukan!
Posted by
aredha
at
8:19 AM
0
comments
Labels: Monolog
SELAMAT TAHUN BARU DUNIA!!!
Salam semua..
Harap-harap aku tidak terlalu lewat mengucapkan 'Selamat Tahun Baru' kepada semua pembaca+pelawat+follower blog aku ini. Maaflah kerana aku sangat sibuk di awal-awal tahun ini, ada banyak perancangan yang perlu dilaksanakan. Makanya masa aku untuk berblog agak terbatas jadi kepada para blogger sekalian..selamat berblog! Jika berkesempatan aku akan aktif semula berblog nanti. Ada banyak benda untuk dikongsi cuma buat masa ini masih belum berkesempatan.
Selamat Tahun Baru!!!
Posted by
aredha
at
8:07 AM
0
comments
Labels: Monolog
Subscribe to:
Comments (Atom)


