Thursday, July 24, 2008

Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek,hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuatdaripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu,warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammads.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya AbuTalib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allahs.w.t.makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher,Insya' allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini
sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita
dimana letaknya sihiritu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allahs.w.t. akan memberikan bantuan
kepadanya kerana dia tidak bersalahtetapi dizalimi.

0 comments:

 
Related Posts with Thumbnails