Friday, December 13, 2013

Selamat Tinggal 2013 & Selamat Datang 2014


Assalamualaikum w.b.t

Pejam mata..celik mata cepat betul masa berlalu. Dan saya terus leka dibawa arus begitu deras tanpa menyedari blog saya ini seperti telah terkubur! Subhanallah, maafkan hambamu ini kerana lalai dalam mencoretkan pengalaman bagi dijadikan rujukan, panduan mahupun iktibar kepada hamba-hambamu yang lain. Maafkan saya semua pembaca di luar sana.

Benar, saya ada 24 jam sehari sama seperti anda namun apa yang telah saya lakukan dengan masa yang diberikan itu? Dan tahun 2013 bakal berakhir..menjelma pula tahun baru masihi 2014. Bangun! Itulah impian saya bagi tahun 2014 ini. Doakan saya agar dapat dapat meluangkan masa berkongsi sesuatu dengan anda semua. In syaa allah.

Di sini saya catatkan serba ringkas peristiwa-peristiwa istimewa mahupun duka yang masih lekat dalam memori saya:-

---> Awal tahun 2013, saya selamat melahirkan puteri ke-2 yang kini telah berusia 11 bulan
      (saya akan kongsikan pengalaman mengandung dan melahirkan bayi kedua saya di awal
      2014 in syaa allah)

---> Awal tahun 2013, puteri sulung saya mendaftar di Taska Permata KEMAS, Taman Mulia.
      Satu permulaan baru bagi dia.

---> Awal April 2013 selepas habis cuti berpantang, permohonan saya untuk berpindah dan
      tetap di tempat kerja saya sekarang diluluskan. Alhamdulillah..rezeki anak ke-2 kata
      orang tua-tua :)

---> Hujung April 2013 saya dan suami menjual kereta lama dan membeli 2 buah kereta baru
      bagi memudahkan urusan harian kami.

---> Awal Ogos 2013, saya mula berjinak-jinak dengan bisnes
      Shaklee. Boleh rujuk aredhashop.blogspot.com bagi info lanjut.

---> Hujung Disember 2013, mendapat Penghargaan Prestasi Cemerlang bagi tahun 2012
      sempena Hari Kualiti. Syukur.


Semoga tahun 2014 akan memberi lebih perubahan dan kejayaan demi kejayaan. In syaa allah.


Friday, April 6, 2012

Proses Pindah Rumah Baru

Hai, salam semua. Semoga sihat semua hendaknya.

Ok, hari ini nak celoteh sikit tentang aktiviti pindah rumah aku dan famili. Alhamdulillah, rumah yang hubby beli dah sedia untuk diduduki. Sudah siap wiring, renovate dan baiki mana-mana kerosakan. Cuma tunggu penghuninya saja angkut barang-barang.

Tanggal 16 Mac 2012, kami sekeluarga cuci rumah. Kebetulan keluarga aku dari kampung datang so ringanlah sikit beban nak mencuci. Walaupun rumah tak sebesar banglo tapi letihlah juga nak mencuci, mengelap dan buang sisa-sisa pembinaan tempoh hari. Kerja mencuci tamat dalam tengah hari then famili aku balik kampung semula. Aku dah suruh hubby aku minta tolong students dia je cuci tapi tak nak menyusahkan katanya. At last, semua kena buat sendiri tapi tak mengapalah berbaloi juga cuci rumah baru..rumah sendiri juga. Penat dan letih sungguh.

17 Mac 2012, mertua dan adik-adik ipar aku pula datang tolong untuk pindah barang-barang dari Jasin ke Serom. Syukurlah mereka ni ada boleh tolong mana yang patut. Nak harapkan aku dan hubby je buat semua memang tak laratlah. Barang kami tak banyak sangat pun sebab memang tak berperabot pun masa di rumah sewa setakat yang asas-asas sahaja. Masalahnya, barang-barang yang kecil comel tu yang berlambak jadi semua main humban je. Sebahagian besar memang aku dah awal-awal masuk kotak so takde kelam-kabut sangat.
Orang tua-tua (Jawa) cakap tak elok pindah rumah pada 13 & 17 haribulan setiap bulan. Aku bukanlah nak percaya tapi ada sesiapa yang pernah dengar fasal benda ni ke? Aku cari di internet tapi mengikut Islam tiadalah hari yang tidak baik untuk sebarang aktiviti. Namun kebanyakan peristiwa berlaku pada hari Isnin, Khamis atau Jumaat menurut Islam. Maka, adalah lebih baik jika kita pun melakukan sesuatu pada hari-hari tersebut. Setuju tak?

Lewat jam 1 pagi 18 Mac 2012, barulah kami sekeluarga melelapkan mata. Sakit-sakit badan rasanya bila merebahkan badan di tilam. Selesai sudah proses pindah rumah kami hari ini. Seterusnya, proses mengemas rumah!

Nantikan kisah proses mengemas rumah pula..dan foto-foto terbaru rumah aku dan famili :)

Thursday, March 29, 2012

Peraduan Kumpul & Menang - OMG, Aku Menang!

Salam semua,

Berbulan tidak update, usang jadinya blog aku! Haish..sejak jadi ummi ni, banyak benda yang aku terpaksa tinggalkan demi menguruskan si kecil yang semakin besar. Entry kali ini bukan untuk bercerita mengenai puteri sulungku yang dah pandai macam-macam tapi sesuatu yang special terjadi dalam hidup. Bukan selalu dapat rezeki begini, ada..tapi tidaklah sebesar ini. 

Pertama sekali, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab rezeki aku sekeluarga bagaikan mencurah-curah saat ini. Satu-persatu perkhabaran gembira aku perolehi. Terima kasih kepada-Nya, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan.

Alkisah bermula bila aku terbaca tentang Peraduan Kumpul & Menang di akhbar Utusan Malaysia yang memang dilanggan di pejabat. Setelah meneliti syarat-syarat dan cara menyertai, aku rasa macam nak joinlah benda ni sebab senang..tak perlu nak reka slogan, teka apa-apa dan lain-lain yang agak melecehkan. Lagipun hadiahnya memang lumayan. Aku cuma perlu kumpul kupon dan hantar mesej so aku pun mulalah mengumpul kupon untuk penebusan hadiah (jika menang kelak). 

Semangat berkobar-kobar kumpul kupon dan hantar mesej dalam edisi pertama (Merah A). Namun, rezeki tidak berpihak pada aku. Sedih juga tapi aku teruskan mengumpul kupon untuk edisi kedua (Merah B). Kali ini aku cuma hantar 6 mesej penyertaan sahaja sebab agak sibuk dan kadang-kala tidak ingat untuk hantar penyertaan melalui mesej. Masa terus berlalu sehingga tamat tempoh edisi kedua. Pasrah saja.

20 Mac 2012, baru buka hp dalam jam 10.30 pagi dan hubby tengok ada banyak panggilan tidak berjawab. Tiba-tiba nombor yang sama call lagi, aku memang tak nak jawab jika tak kenal tapi hubby dah siap tekan answer so aku terpaksa jawab juga dalam mamai-mamai. Mencuka juga aku kena jawab panggilan pelik-pelik ni..panggilan di sebelah sana agak bingit (macam dalam ofis) tapi aku cuba dengar dan fahamkan apa yang pemanggil tu cakap. Oleh sebab masih mamai, aku macam kurang faham apa benda dia cakap..pemanggil tu dari pihak Utusan untuk maklumkan aku adalah salah seorang pemenang. Aku keliru sebab pertandingan apa pula aku menang. Terpaksalah pemanggil tu explain satu-satu dan masa tu tak terkata perasaan cuma senyum sampai telinga je. Hubby dah suspen sebab dari masam tiba-tiba senyum lebar dan bertambah excited nak tahu.



Woohoo! Aku menang! Biar betul?! Tapi memang betul pun! Aku dah pergi majlis penyampaian hadiah dan meraikan pemenang pada 27 Mac 2012 di Wisma Goldhill. Buat makluman, aku suka masuk peraduan tapi jarang atau selalu terlepas peluang sebab kekangan masa dan syarat-syarat penyertaan yang aku tak suka. Pernah menang hadiah-hadiah saguhati/penghargaan sahaja. Ini adalah hadiah terbesar pernah aku menang. Bersyukur teramat sangat. So kawan-kawan, jom cuba nasib!

Berita lanjut di sini Utusan Malaysia.

~This present and happiness specially dedicated to my lovely hubby and our cutie princess ~

Friday, October 14, 2011

Botol Susu Istimewa

Salam semua...

Lama sudah blog ini sepi..memang tidak sempat-sempat nak update..Bila nak update tiba-tiba ada saja halangan..Banyak benda nak share setiap hari tapi maaf kerana tiada masa menulis..
So, apa agaknya untuk dikongsi kali ini ye? Entry ini special untuk para ibu bapa moden hari ini tapi siapa-siapa pun boleh juga asalkan anda ada bayi atau kanak-kanak di dalam jagaan sebab entry kali ini mengenai BOTOL SUSU!..Bukan mengenai botol susu free BPA, bukan tentang penjagaan botol susu juga tiada kaitan dengan masalah menyusukan menggunakan botol..Ada sesiapa boleh teka?

Ok, sebenarnya saya nak share satu produk botol susu yang tiada lagi di Malaysia (agaknyalah..jika silap betulkan)..Saya pun sangat cerewet dan risau untuk beri anak menyusu dengan botol susu sebab macam-macam ada di pasarankan..Sekarang saya guna MAM dan suit sangat dengan anak saya yang comel :) Baru-baru ini saya jumpa satu lagi botol susu yang pada saya memang menarik sangat-sangat. Rekabentuknya dan bahan untuk membuatnya sungguh meyakinkan yang bayi memang tiada masalah walau pertama kali menggunakannya..Mungkin para ibu bapa yang bermasalah bagi anak yang menolak penggunaan botol susu boleh try botol ini. Mari tengok sikit...

  



Macam mana? Suka? Biar saya perkenalkan. Botol susu ini adalah jenama mimijumi yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat antarabangsa yang memang memiliki pakar-pakar pembuatan botol susu yang mementingkan keselesaan ibu dan anak. Saya jumpa botol susu ini secara tidak sengaja. Bagi maklumat lanjut anda boleh layari http://mimijumi.com/ 

Semoga info ini dapat membantu sedikit-sebanyak mereka yang masih mencari-cari botol yang sesuai untuk anak-anak kesayangan anda. Harganya mungkin sedikit mahal tapi tak salah mencuba sesuatu yang baru bagi mereka yang mampu. 


 
Related Posts with Thumbnails