Thursday, March 29, 2012

Peraduan Kumpul & Menang - OMG, Aku Menang!

Salam semua,

Berbulan tidak update, usang jadinya blog aku! Haish..sejak jadi ummi ni, banyak benda yang aku terpaksa tinggalkan demi menguruskan si kecil yang semakin besar. Entry kali ini bukan untuk bercerita mengenai puteri sulungku yang dah pandai macam-macam tapi sesuatu yang special terjadi dalam hidup. Bukan selalu dapat rezeki begini, ada..tapi tidaklah sebesar ini. 

Pertama sekali, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab rezeki aku sekeluarga bagaikan mencurah-curah saat ini. Satu-persatu perkhabaran gembira aku perolehi. Terima kasih kepada-Nya, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan.

Alkisah bermula bila aku terbaca tentang Peraduan Kumpul & Menang di akhbar Utusan Malaysia yang memang dilanggan di pejabat. Setelah meneliti syarat-syarat dan cara menyertai, aku rasa macam nak joinlah benda ni sebab senang..tak perlu nak reka slogan, teka apa-apa dan lain-lain yang agak melecehkan. Lagipun hadiahnya memang lumayan. Aku cuma perlu kumpul kupon dan hantar mesej so aku pun mulalah mengumpul kupon untuk penebusan hadiah (jika menang kelak). 

Semangat berkobar-kobar kumpul kupon dan hantar mesej dalam edisi pertama (Merah A). Namun, rezeki tidak berpihak pada aku. Sedih juga tapi aku teruskan mengumpul kupon untuk edisi kedua (Merah B). Kali ini aku cuma hantar 6 mesej penyertaan sahaja sebab agak sibuk dan kadang-kala tidak ingat untuk hantar penyertaan melalui mesej. Masa terus berlalu sehingga tamat tempoh edisi kedua. Pasrah saja.

20 Mac 2012, baru buka hp dalam jam 10.30 pagi dan hubby tengok ada banyak panggilan tidak berjawab. Tiba-tiba nombor yang sama call lagi, aku memang tak nak jawab jika tak kenal tapi hubby dah siap tekan answer so aku terpaksa jawab juga dalam mamai-mamai. Mencuka juga aku kena jawab panggilan pelik-pelik ni..panggilan di sebelah sana agak bingit (macam dalam ofis) tapi aku cuba dengar dan fahamkan apa yang pemanggil tu cakap. Oleh sebab masih mamai, aku macam kurang faham apa benda dia cakap..pemanggil tu dari pihak Utusan untuk maklumkan aku adalah salah seorang pemenang. Aku keliru sebab pertandingan apa pula aku menang. Terpaksalah pemanggil tu explain satu-satu dan masa tu tak terkata perasaan cuma senyum sampai telinga je. Hubby dah suspen sebab dari masam tiba-tiba senyum lebar dan bertambah excited nak tahu.



Woohoo! Aku menang! Biar betul?! Tapi memang betul pun! Aku dah pergi majlis penyampaian hadiah dan meraikan pemenang pada 27 Mac 2012 di Wisma Goldhill. Buat makluman, aku suka masuk peraduan tapi jarang atau selalu terlepas peluang sebab kekangan masa dan syarat-syarat penyertaan yang aku tak suka. Pernah menang hadiah-hadiah saguhati/penghargaan sahaja. Ini adalah hadiah terbesar pernah aku menang. Bersyukur teramat sangat. So kawan-kawan, jom cuba nasib!

Berita lanjut di sini Utusan Malaysia.

~This present and happiness specially dedicated to my lovely hubby and our cutie princess ~

 
Related Posts with Thumbnails