Friday, February 11, 2011

Cahaya Mata - 9 Bulan 10 Hari Penantian

Seingat aku, kali terakhir aku berblog tahun lalu ialah pada April 2010 dan kemudian aku terus menghilang. Apakah cerita disebaliknya?

Cukup 2 bulan usia perkahwinan aku-suami, kami dianugerahkan berita gembira - I'm Pregnant! dan sejak itulah aku menyepi. Di sini ingin aku coretkan serba sedikit pengalaman sepanjang 9 bulan menanti cahaya mata kami lahir ke dunia.


Trimester 1

Alhamdulillah, 3 bulan pertama aku lalui dengan agak mudah. Aku tidak seperti ibu-ibu yang lain, loya+muntah+pening dan alahan teruk. Namun, tidaklah pula aku kebal sangat cuma morning sickness yang aku hadapi ringan sedikit. Aku sekadar loya+mual biasa, ada rasa ingin muntah tapi tak muntah pun..loya+mual berhenti takat kerongkong je. Nasib baiklah. Aku paling BENCI apa-apa yang ada kaitan dengan LEMBU-sup lembu, daging lembu, lembu masak itu..lembu masak ini dan lain-lain yang seangkatannya. Tamat 3 bulan baru boleh geng dengan lembu semula..he2..Walaupun alahan kurang, aku awal-awal pagi datang kerja mesti kena makan NASI. Jam 7 aku melantak nasi, hari -hari nasi lemak pun aku tak jemu tapi mesti nasi. Nanti kawan-kawan ajak makan, aku makan lagi. Seronok je makan sebab semua boleh makan kecuali LEMBU. Masalah makan aku tiada hal tapi aku menghadapi sakit belakang yang sangat-sangat (aku tak tahu nak terangkan macam mana sakitnya sebab memang sangat sakit). Jika salah pusing badan, salah posisi bangun dan lain-lain aku akan rasa sakit so aku pun jadilah seorang yang agak pemalas. Yelah, semua kerja nak buat,aku rasa sakit jadi aku tak buatlah. Lagipun, masa awal-awal ni aku kerap sangat mengantuk jadi masa banyak dihabiskan untuk tidur. Orang cakap jika tidur banyak nanti pening kepala tapi aku jika tidak tidur yang pening kepala. Pembawakan bayi agaknya..


Trimester 2

Bulan-bulan pertengahan aku lalui dengan tidak banyak masalah. Sakit belakang aku hilang dengan sendiri, tiada lagi loya+mual dan aku tidak perlu makan nasi di awal pagi lagi. LEMBU? Aku sudah kembali boleh menikmati aroma daging lembu. Syukur ke hadratnya. Aku jalani bulan-bulan pertengahan ini dengan membanyakkan bacaan surah-surah Maryam, Yusuf dan Yassin. Diiringi doa-doa semoga bayiku sentiasa selamat, sihat dan menjadi anak berguna bila lahir kelak. Kehidupan aku kembali normal, aku sudah boleh membuat kerja-kerja rumah seperti biasa. Seingat aku, hanya sekali sahaja aku muntah kerana makan beberapa keping pisang goreng. Pelik juga sebab aku tidak pernah muntah di awal mengandung. Mungkin ketika itu, bayiku tidak dapat menerima rasa pisang tersebut agaknya.


Trimester 3

Alamak, kandunganku mula membesar! Seiring dengan bertambahnya bulan, kandunganku juga mula membesar. Maka, aku perlu cari baju-baju baru sebab semua baju-bajuku sudah tidak sesuai. Pertama kali memakai baju potongan ibu mengandung, aku rasa janggal..malu pun ada. Namun, melihat perkembangan kandunganku yang sentiasa sihat sedikit sebanyak membantu menambah keyakinanku. Aku mula menambah ilmu tentang perkembangan bayi dalam kandungan, proses kelahiran, keperluan bayi, pemberian susu ibu dan sebagainya. Aku mula rajin melayari internet. Aku suka updated info di https://www.babycenter.com. Setiap minggu aku akan baca tentang perkembangan bayiku di sini. Pertama kali nak timang anak sendiri..mestilah banyak keperluan yang hendak dibeli. Ingin bershopping tapi aku agak malas nak berjalan pusing-pusing di pusat membeli-belah. Yelah, dengan badan yang semakin berat lagilah malas nak bershopping. Lagipun aku jenis cerewet jadi mesti lama nanti nak beli satu-satu barang. So, aku survey barangan bayi secara online sahaja. Orang cakap beli online lagi murah! Yup, memang betul rupanya. Aku suka barangan yang dijual di http://www.enjoybreastfeed.com, http://www.fabulousmom.com, http://www.momslittleones.com. Mengapa? Sebab banyak-banyak website, di sinilah ada semua barang bayi yang aku inginkan pada pakej dan harga yang sangat memuaskan. Namun aku tak beli apa-apa barang lagi , sekadar mencuci mata dan berkira-kira manakah barang bayi yang aku perlukan. Persediaan awal, aku cuma beli beberapa helai baju, tuala, selimut, lampin dan lain-lain keperluan untuk minggu awal bayiku. Itu pun aku beli di Mydin saja. Cucu sulung dua-dua belah pihak, mesti dapat banyak hadiah!!!..he3..Jahat sungguh aku. Bukan apa, aku tak nak membazir nanti beli barang then orang bagi barang yang sama. Selain itu, aku berhasrat sangat untuk menyusukan bayiku secara eksklusif . Tq sangat-sangat kepada suami yg memberi sokongan penuh. Menurut Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan, bayi perlu diberi susu ibu sahaja sehingga 6 bulan kemudian barulah diberikan makanan tambahan secara berperingkat-peringkat. Ilmu mengenai penyusuan susu ibu aku perolehi daripada pengalaman orang-orang tua, perbincangan dengan kawan-kawan senasib, majalah serta laman sesawang http://susuibu.com . Rasanya belum cukup lagi pengetahuan yang diperolehi walaupun seperti banyak rujukan yang telah dilakukan. Redah saja!

Teori telah ditimba..menunggu masa untuk dipraktikkan..

Salam Muhibah

Assalamualaikum semua..

Hampir setahun blog ini sepi dari sebarang pembaharuan. Bukan tiada cerita yang boleh dikongsi tapi kekangan masa dan pelbagai halangan menyebabkan aku tidak berkunjung ke sini. Oleh kerana sudah terlalu lama tidak berblog, rasa kekok pula. Apa yang hendak dikongsi ye?

Tempoh masa hampir setahun! Sudah tentu banyak benda nak tuliskan. Mana nak mula ye? Hmmm..ok, pertama sekali aku nak bagi tahu yang blog ini telah diberi penjenamaan baru. Dulu 'ceri merah' dan sekarang 'Kehidupan & Perjalanan'. Ok tak? Oleh sebab blog aku ini caca-merba (semua benda aku campur macam rojak!), jadi aku tukarlah kepada yang lebih general bunyinya. Barulah sesuai campur aduk semua dalam satu.

Aku akan kembali berblog dan diharap rakan blogger semua terus membaca dan jangan berhenti!

 
Related Posts with Thumbnails