Monday, March 29, 2010

'Award' Aku

Salam sejahtera semua..



Maaf sebab sudah lama tidak update entry aku. Aku sibuk dengan urusan permohonan pertukaran. Sedang berusaha pelbagai cara. Agak tertekan dengan keadaan sekarang, memerlukan sokongan tetapi daripada siapa? 

Dalam sedang gundah-gulana, dapatlah award daripada si cute miut siapa lagi jika bukan penulis blog mengenal diri. Terima kasih aku ucapkan. Jika anda hendak berkenalan, sila lawat blog beliau nanti.

Hmmm..rasanya tugas aku bukan setakat ini saja. Di bawah adalah senarai tugasan aku sebab aku sudah terima award ini dengan besar hati!


Syarat No. 01 : Thanks and Link The Person That Give You Award
 
-Aku sudah selesaikan..arigato penulis blog mengenal diri :)-
 
 
Syarat No. 02 : Pass This Award to Another Person
 
 
-sarah
 
 
 
Syarat No. 03 : Contact The Bloggers and Tell Them About This
 
-Semua sudah aku maklumkan-
 
 
Syarat No. 04 : State 7 Things About Yourself
 
 1)Aku seorang wanita, isteri, pendidik, anak, bakal ibu (bila eh?..doakanlah!), hamba dan apa-apa yang aku ingin jadi

2)Aku suka makan desserts, kek, semua jenis makanan daripada roti, buah-buahan (kecuali keluarga oren)

3)Aku sederhana saja orangnya

4)Aku benci LAMBAT, LEWAT, TIDAK MENEPATI MASA

5)Aku ingin memiliki kereta+rumah+tanah+famili sendiri

6)Aku rasa penat+mengantuk sekarang

7)Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca blog aku!


(^^)..(*o*)..(^_^)
 

 ~ Sekian ~

Sunday, March 21, 2010

Ketakutan Melampau - Bahagian 1


Aku ingin berkongsi satu pengalaman di sini. Sepatutnya isu ini ingin aku ketengahkan semalam tetapi aku sibuk sangat semalam jadi hanya sempat online sebentar melawat beberapa blog blogger sahaja. 

Ketakutan melampau! Bagaimana ia terjadi? Apakah ketakutan melampau? Penyakit mental ke?

Suatu pengalaman yang berlaku petang kelmarin (petang Jumaat) semasa aku dan suami dalam perjalanan pulang ke kampung telah mendorong aku untuk berkongsi isu ini. Sebelum aku membebel lebih panjang, izinkan aku bercerita tentang apa yang berlaku petang Jumaat itu. Kami dalam perjalanan pulang dari ibu kota KL ke Batu Pahat, Johor. Kenderaan di lebuhraya tidak banyak, mungkin sebab bukan cuti sekolah atau cuti umum maka tidak ramai yang ingin pulang ke kampung. Perjalanan berjalan lancar sambil aku dan suami berborak-borak di dalam kereta bagi mengelakkan dia daripada mengantuk. Kami memandu di lorong laju tetapi tetap mematuhi had laju 120km/j. Tiba-tiba meluncur laju sebuah pacuan 4 roda di belakang kereta kami. Beberapa kali dia memberikan lampu tanda meminta kami memberi laluan tetapi kami tidak berkesempatan berbuat demikian kerana di sebelah ada beberapa kenderaan+lori maka kami perlu memecut untuk memotong kenderaan-kenderaan terbabit sebelum boleh memberi laluan kepada pacuan 4 roda itu. Belum sempat kami berbuat demikian, ia sudah memotong kami dari kiri dan kini berada di hadapan kereta kami. Aku paling bengang bila suami gelak sinis tanda dapat mengenakan pemandu pacuan 4 roda tadi. Mungkin pemandu tersebut perasan dan beranggapan yang kami ingin bermain-main dengannya jadi apabila dia berjaya memotong kereta kami dan berada betul-betul di hadapan kereta kami, dia 3 kali membrekkan keretanya. Aku BENGANG!!! Bukan sahaja bengang dengan pemandu pacuan 4 roda yang tidak boleh bersabar malah dengan cara pemanduan suami aku yang ibarat bermain api di jalan raya. Bukankah tindakan mereka yang saling tidak bertolak ansur di jalan raya ini boleh mengundang perkara yang tidak baik???!!! Aku masam mencuka, kereta kami yang tadi riuh-rendah tiba-tiba sepi...

Perjalanan diteruskan dalam keadaan yang tidak best! Lebih kurang 20 minit berlalu, aku dapat melihat dari cermin sisi kereta terdapat 2 buah kenderaan laju di belakang kami (myV hijau dan Avanza hitam). Tiba-tiba, kedua-dua kenderaan terbabit memotong kereta kami dari kiri dan terus meluncur laju di hadapan kami. Aku hanya memandang seimbas kelibat mereka. Masih mengekalkan kelajuan 120km/j dalam jarak lebih kurang 100m daripada 2 kenderaan tadi di hadapan kami, tiba-tiba dengan mata kepala kami sendiri..kami menyaksikan yang Avanza tadi tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik dan terseret ke sebelah kiri lebuhraya dan melanggar devider sebelah kiri seterusnya berpusing kembali ke tengah jalan sebelum berhenti di lane kedua lebuhraya. Aku tergamam. Semua berlaku sekelip mata. Tiba-tiba aku rasakan yang dada aku berdebar laju, rasa panas dan macam sesak nafas. Aku rasa ingin menangis tetapi tidak boleh. Mengapa? Aku menyuruh suami berhenti sebentar di RnR sambil aku cuba menenangkan diri. Perasaan ini macam pernah aku alami tapi bila ye?

Aku kembali tenang dan kami meneruskan perjalanan. Masing-masing mengulas tentang kejadian real depan mata kami tadi. Nasib baiklah aku rabun dan tidak memakai cermin mata kerana jika tidak aku mesti sudah nampak jelas bahawa terdapat kepala seorang remaja terkeluar dari tingkap dan diseret semasa Avanza itu terseret ke kiri lebuhraya. Ngeri aku dengar!

Aish..aku melalu terlalu panjang pula. Maaf. Baik terus kepada isu yang sebenar. Selepas menyaksikan kejadian ngeri itu, aku jadi sedikit takut dan hilang keyakinan untuk memandu. Maklumlah, aku baru saja dapat lesen. Semalam petang suami aku paksa bawa kereta..tup..tup enjin mati dan aku jadi kelam-kabut. Masa inilah perasaan yang aku alami selepas menyaksikan kemalangan kembali. Suami aku sudah bising-bising sedangkan aku masih kelu dan aku teringat kembali kejadian jatuh motor 11 tahun yang lalu bagaimana kemalangan motor itu menyebabkan aku jadi berdebar dan berpeluh sejuk setiap kali bila aku cuba menunggang motor. Dan selepas kejadian jatuh motor itu juga aku langsung tidak menyentuh motor selama 2 tahun sehinggalah dipaksa emak untuk ambil lesen motor. Adakah perasaan sama menyelubungi diri aku kini? Arrrggghhhh...aku jadi takut dengan kereta pula!

Aku mencari-cari info di website-website tentang apa yang berlaku kepada diri aku. Adakah aku mengalami fobia terhadap sesuatu situasi akibat pengalaman lepas? Berdasarkan pembacaan aku, fobia adalah satu perasaan yang mana seseorang akan berasa cemas, risau dan takut serta akan mengelakkan diri daripada berhadapan dengan objek atau situasi tertentu. Ia adalah salah satu masalah mental yang idaklah kronik tetapi dianggap serius oleh masyarakat kerana impaknya yang boleh membataskan aktiviti individu setiap hari. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis yang umum iaitu fobia biasa, fobia agora dan fobia sosial. Namun begitu terdapat pelbagai jenis fobia merujuk kepada apakah objek atau situasi yang cuba dielakkan oleh pengidapnya. Masalah fobia ini boleh dirawat dengan mendedahkan pesakit kepada objek dan situasi tertentu. Jika tidak, ia akan melarat seterusnya mengganggu perjalanan harian individu itu sendiri. 

Setelah mengkaji apa yang aku alami, sebenarnya aku belumlah kronik sangat dengan masalah fobia ini. Apa yang sedang aku alami ialah panik yang mana aku mengalami rasa bimbang yang terlampau seterusnya menyebabkan aku berdebar dan berpeluh-peluh. Adakah anda fobia? Panik? Gila?

Aku akan membincangkan isu ini lagi di bahagian yang seterusnya. Untuk itu aku berhenti setakat ini dahulu. Harap dapat berkongsi pengalaman jika para blogger pernah mengalami apa yang aku alami.

Friday, March 19, 2010

Ubat Paling MUJARAB Bagi Semua Penyakit?


Ada ke ubat yang hebat ini? Boleh menyembuhkan segala macam jenis penyakit yang akhir-akhir zaman sekarang? Setahu aku, tidak pernah pula dengar di media-media isu ubat-ubat yang pelik lagi canggih macam ini. Baru-baru ini, aku ada terbaca satu laporan berita pasal 'Profesor Gila' yang menghasilkan ubat-ubat untuk pelbagai jenis penyakit. Hmmm..hanya orang yang hebat dan berani macam 'Profesor Gila' saja yang boleh keluarkan produk racun macam itu, mengancam nyawa para pengguna yang semuanya main sapu, pakai telan semua yang dibeli..kononya mujarab sangatlah. Aku bukan hendak mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab 'Profesor Gila' tetapi isu yang aku ingin utarakan ialah tentang kewujudan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit. Agak-agak, ada ke?

Dulu, aku sendiri tidak percaya dengan fakta ini sehinggalah aku mengalaminya sendiri sekarang. Malu juga sebenarnya ingin meluahkan apa yang terjadi tetapi untuk berkongsi dengan mereka yang sudi melawat blog aku, apa salahnya. Ubat ajaib ini memang wujud, aku pun masih mamai-mamai..macam mana aku boleh jumpa ubat ini. Mesti semua pun hendak tahukan..kan..kan??

Ubat ajaib itu ada dalam diri kita sendiri, dalam setiap individu tetapi di mana ye? Mesti semua pernah jumpalah tetapi buat-buat jual mahal pula. Apa ye ubat ajaib? Sila baca sehingga habis entry ini..






CINTA..itulah ubat ajaib bagi segala penyakit. Ia mungkin tidak menyembuhkan sepenuhnya penyakit seseorang tetapi CINTA amat berkuasa merawat pelbagai jenis penyakit. Tidak percaya? Tengok sajalah drama, filem dan lagu-lagu pada hari ini..semua berkisar pasal CINTA. Jika dalam filem dan drama, orang yang sepatutnya nazak yang kita tengok sudah nyawa-nyawa ikan..confirm mati tiba-tiba boleh hidup kembali, tersengih-sengih siput tanda bernyawa kembali. Mengapa? Semua sebab CINTA. Bukankah pelik rawatan yang dilakukan oleh CINTA?

Aku sendiri mengakuinya hanya setelah aku belajar untuk menCINTAi seseorang yang bergelar suami kepada aku sekarang. Sebelum ini, aku hanya tahu menCINTAi diri sendiri. Aku selalu memenuhi kehendak diri sendiri dan tidak mengendahkan perasaan dia. Aku selalu mengenepikan dia dalam keputusan soal hidup aku sedangkan dia masih setia memberi pandangan. Namun, semuanya telah berubah kini semenjak aku mula sedar yang aku sebenarnya sudah jatuh CINTA kepada suami sendiri. Tidak sampai hati untuk melukakan dia sebagaimana sebelum ini kerana sekarang aku adalah dia dan dia adalah aku.


Mengapa aku tiba-tiba tulis
entry ini? Hehehe..entahlah, tiba-tiba hati ini rasa hendak menulis isu ini. Tentang kehebatan CINTA. Alkisah bermula apabila aku main merajuk-merajuk dengan HUBBY semalam disebabkan dinner. Dek kerana perut yang lapar, badan yang letih dan kerja mengemas sebab hendak balik kampung hari ini dan ketidakprihatinan suami aku untuk beli makan malam sebagaimana yang dijanjikan telah membuatkan aku angin sekejap. Wahahahaha..rasa macam lawak, macam budak kecil pun ada juga. Tidak tergamak sebenarnya hendak memonyokkan muka depan HUBBY tapi dek kegeraman, aku buat muka se10 sampailah dia pujuk dan aku puas hati. Tidak baik sungguh aku tetapi itulah hakikatnya, semuanya kerana CINTA lalu aku pun maafkanlah HUBBY yang sudah mati akal. Dan kerana CINTA jugalah, suami aku terhegeh-hegeh pujuk aku semula. Terhegeh-hegeh ke?

Apa pun, aku sangat menyayangi dan menCINTAi HUBBY sebagaimana perasaan dia terhadap aku. Peace no war!


Thursday, March 18, 2010

Pulanglah Sayang...

Aku sedang menunggu seseorang. Siapa? Siapa lagi jika bukan my beloved HUBBY. Sepatutnya kami sudah keluar office jam 4.30pm tetapi bayang tahi hidung dia pun aku masih tercari-cari. Urrrgghhh...bosannya menunggu sambil melayan internet dan aku pun merapu-rapu menulis entry ini. Jam sudah melepasi jam 5.00pm, perutku sudah bernyanyi sumbang dek kerana tidak lunch tadi. Alkisahnya, aku selalu makan tengah hari dengan dia so bila dia tiada aku pun jadi malas makan (1 habit yang amat merisaukan HUBBY aku - aku baru sihat daripada keracunan akibat masuk angin yang sangat menyiksakan!). Aku ingat boleh pulang awal hari ini, baru rancang hendak main masak-masak dengan dia tetapi sudah lewat pula. Kebetulan, HUBBY ada meeting dari pagi tadi di Rembau. Katanya sekejap tapi sampai sekarang masih tiada lagi. Bencinya menunggu..menunggu dan terus menunggu. Sudah puas aku melawati blog-blog, membaca artikel-artikel menarik dan mata aku semakin kuyu dibuatnya. Maklumlah, aku mengalami sindrom kurang rehat (bukan kurang tidur) akibat lena yang selalu diserbu mimpi-mimpi yang betul-betul mencabar kekuatan emosi aku. Seminggu ini memang aku rasa letih sangat sebab masalah mimpi-mimpi yang aku alami. Harap keadaan ini akan kembali pulih segera.

Sedang aku menunggu dengan muka monyok seribu, terjumpa satu video yang menarik untuk dikongsi di sini. Harap dapat share dengan semua :)

Cepatlah pulang!!!

AWAS - Penyakit PHD Parah!



Penyakit PHD? Sakit apa itu? Tidak pernah dengar pun? Ala..peduli apa aku dengan sakit PHD. Sekarang zaman teknologi canggih, setiap penyakit ada ubatnya, vaksinnya. Biasalah, sudah akhir zaman macam-macamlah penyakit yang timbul. Alahai..








PHD - Perasaan Hasad Dengki

Sedarkah kita yang virus PHD memang sudah ada dalam diri kita sejak roh ditiupkan ke dalam jasad semasa kita di dalam kandungan ibu lagi?  Jika sedar, berapa ramai pula antara kita yang cuba merawatnya? Jika kita masih tidak sedar, mengapa kita begitu lalai sehingga tidak tahu penyakit yang ada dalam diri kita sendiri? Mengapa? 

Kita umpama endah tidak endah sahaja dengan penyakit yang telah kita ada ini. Kita lebih gusar jika kita demam, selesema, batuk, cirit, pening dan sebagainya yang ditunjukkan oleh sistem pertahanan fizikal badan kita. Kita akan cepat-cepat pergi klinik, cari doktor, minta ubat..minta MC tetapi bila diri kita memberi respon (kurang senang dengan kebahagiaan+kejayaan+kelebihan dan lain-lain) yang menunjukkan kita berpenyakit PHD, kita masih relax..cool seperti ianya penyakit kecil sahaja. Butakah kita? Kurangkah ilmu pengetahuan kita? Sehingga virus PHD yang pada mulanya hanya sekelumit boleh menular seterusnya akan memusnahkan diri kita di dunia dan di akhirat. 

PHD adalah salah satu penyakit rohani (hati) yang teramat kronik jika kita bijak mengubatinya. Ia boleh merosakkan diri kita malah tuhan sangat memandang keji orang yang memiliki penyakit ini. Apa yang dipandang oleh tuhan di sisinya bukanlah orang-orang yang cantik+tampan paras rupanya, orang-orang yang kaya-raya harta bendanya tetapi adalah mereka-mereka yang memiliki hati yang sungguh bersih dan suci daripada penyakit-penyakit hati.

Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu.” (Hadis riwayat Muslim).

Adakah kita tidak takut dengan hukuman yang telah ditetapkan tuhan kepada mereka-mereka yang berpenyakit hati ini? Adakah kita sangat-sangat puas hati bila dapat menjatuhkan musuh yang sangat kita benci? Adakah kita tergolong dalam orang-orang munafik? Sesungguhnya, mereka yang berhasad dengki terhadap orang lain adalah tergolong sebagai orang yang munafik. Nauzubillah...

Oleh yang demikian, muhasabahlah diri kita agar hati kita akan kembali suci dan bersih daripada dihinggapi penyakit-penyakit ini. Kepada mereka yang menjadi mangsa hasad dengki pula, janganlah kita berdendam dan membalas kembali perbuatan hasad dengki itu tadi kerana apabila kita melakukan sedemikian maka kita juga akan tergolong ke dalam orang-orang yang munafik. Sebaliknya, bersabarlah dan berdoalah kepada tuhan agar tuhan akan mengurniakan hidayah kepada mereka yang berpenyakit PHD ini. Insyaallah...

Wednesday, March 17, 2010

Hari Bahagia - Bahagian 2

Saksi menandatangani borang pernikahan sebelum majlis akad dijalankan


Wali menyerahkan tugas mewakilkan kepada imam


Debaran bakal suami sebelum akad


Sempat berposing dengan telefon sebelum majlis akad


Bersiap sedia untuk dinikahkan..tidak sabarnya!


Majlis penyerahan mas kahwin selepas selamat diijabkabulkan..amin

Tuesday, March 16, 2010

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga



  • Puji - setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. 
  • Peluk - pasangan suami isteri hendaklah selalu memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.  
  • Penghargaan - amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
  • Perhatian - mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.  
  • Persefahaman - sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.  
  • Pergaulan - pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  • Percutian - merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.  
  • Permohonan - doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. 

Memetik kata-kata seorang pendakwah bebas, kunci sebenar kebahagiaan rumahtangga ialah dengan mendekatkan diri kepada tuhan. Renung-renungkanlah... 

# Doa amalan untuk kebahagiaan rumahtangga Surah Al-Imran (ayat 31 dan 200)
 


Sumber: http://www.jomkahwin.com/tips-rumahtangga-8p-tip-kebahagiaan-rumahtangga.html

1 Month Anniversary Celebration


Petang Isnin, 15 Mac 2010 selepas pulang dari kerja kami terus menyerbu Selayang Mall untuk merealisasikan impian berbowling. Kami merancang berbowling pada semalamnya (Ahad, 14 Mac 2010) tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana aku begitu sibuk dengan urusan di rumah maka kami tunda niat itu. Sempena meraikan usia perkahwinan aku-suami yang cukup 1 bulan, kami menghabiskan petang kami di Selayang Mall Bowling Center. Aku pun sudah lama tidak bermain bowling..(^o^). Kali pertama bermain bowling sebagai pasangan suami-isteri memang mengujakan!Walaupun aku tewas 19 mata tapi kira hebat jugalah kerana bertarung dalam sut lengkap baju kurung tapi aku tidak upload fotonya di sini. Harap maaf.



Lokasi seterusnya selepas tamat 1 game bowling ialah MAKAN! Perut aku memang sudah lama berbunyi sakan. Mulanya aku-suami merancang untuk makan di hotel ke apa ke, kira tempat yang high class sikit sempena hari istimewa kami tapi tidak jumpa yang sesuai dengan selera pula. Aku teringin Secret Recipe tapi suami pula menolak, "Sudah biasa.."katanya. Hmm..puas jugalah meronda Selayang Mall dan akhirnya kami memilih untuk melantak di Johnny's Steamboat. Aku tidak suka sangat makan steamboat tapi tibai sajalah, suami suka sangat steamboat jadi ikut selera dialah. 4 keping foto di atas ialah gambar-gambar makanan yang baru dihidangkan, belum dijamah lagi. Sedapkan?!



Inilah hasilnya bila perut lapar sudah berjaya diisi sepenuhnya. Alhamdulillah. Bila semua sudah habis, perut sudah kenyang, mata sudah layu, badan lagi letih..kami pun berangkat pulang. Katil sudah memanggil-manggil syahdu. Terima kasih tuhan atas nikmat dunia yang sementara ini. Syukur-syukur.

Simple but nice memories day along..Happy anniversary 1 month of marriage (^o^)

Monday, March 15, 2010

Ulang Bulan Perkahwinan - 1 Bulan

Alhamdulillah, pejam celik..pejam celik sudah 1 bulan usia perkahwinan aku dengan suami. Dalam 1 bulan ini, banyak jugalah benda baru aku-suami kena belajar sedikit demi sedikit. Maklumlah, sebelum ini tinggal rumah asing-asing tapi sekarang sudah serumah, sebantal, sebilik bla..bla..bla jadi makin banyak ragam masing-masing yang baru diketahui. Proses mentranformkan diri pun perlu pada masa yang sama. Sebelum ini, aku malas memasak tapi bila sudah berlaki kenalah rajin-rajinkan diri ke dapur sedangkan aku sendiri blur nak masak apa tiap kali ke dapur. Aku pun tidak suka basuh-basuh pinggan mangkuk jadi terpaksalah suami aku yang bersusah payah selepas tiap kali aku selesai memasak atau makan bersama. Masing-masing kena pahamlah tugas masing-masing.

Alam perkahwinan, memang satu dunia yang indah tapi memerlukan banyak pengorbanan, persefahaman, tolak ansur, kepercayaan dan diplomasi dalam merealisasikan keindahannya. Aku memang cetek dengan ilmu-ilmu rumahtangga jadi banyak perkara perlu belajar. Syukur kerana dikurniakan seorang suami yang dapat mengajar aku walaupun aku agak slow. Terima kasih kerana sudi bersabar degan kerenahku setiap hari wahai sang suami. Sempena genapnya usia pernikahan kita yang 1 bulan ini, aku akan cuba memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Aku harap sang suami pun sama, jangan asyik bergelumang dengan perangai lama zaman sebelum aku ada di sisimu. Harap kita dapat bekerjasama dengan jayanya.

Terima kasih dan sesungguhnya aku sangat menyayangi kamu wahai sang suami. Semoga kamu juga begitu...


Selamat Ulang Bulan ke 1 Bulan

Thursday, March 4, 2010

Hari Bahagia - Bahagian I

Tirai yang melatari bilik pengantin


Bilik pengantin yang telah siap aku hias..amacam?Ok ke tidak?


Gubahan tempat cincin..Mana cincinnya?


Gubahan minyak wangi dan hantaran iringan


Hantaran senaskah Al-Quran beserta rehal sebagai pedoman hidup


Sebakul coklat dan pemanis mulut


Sejadah yang dikotak indah


Alat mandian yang dihias segar


Sebuah jam tanda menepati masa


Sepasang kasut melengkapkan segaknya tiap langkah yang dihayun


Sepersalinan kemeja, tali leher dan seluar lambang personaliti


Purse dan tali pinggang pelengkap gaya


Tanggal 15 Februari 2010 (bersamaan Isnin-1 Rabiulawal 1431H) adalah hari yg sangat bermakna dan merubah kamus hidup aku untuk selama-lamanya. Pagi Isnin sekitar jam 10.30am, aku selamat diijabkabulkan bersama seseorang yg bakal menemani aku melayari perjalanan nasib diri yg seterusnya. Masih rasa macam mimpi di atas semua ini. Tapi bila cubit pipi rasa sakit pula..aouch! Sebenarnya, tidak pernah terlintas pun di fikiran aku untuk berumahtangga pada usia sekarang, aku budget segalanya. Perhubungan yang menjangkau setahun lebih dan tidak pernah serius akhirnya ke jinjang pelamin..macam cerita novel pula. Dari hanya kawan bergurau senda boleh mendirikan masjid, aku pun masih kaget dengan semua ini. tahun depan tapi tuhan lebih mengetahuiAlmaklumlah, 1001 dugaan telah dilalui dan ditempuhi bersama atas dasar persahabatan namun hubungan ini akhirnya menjadi satu ikatan sah sebagai suami-isteri..alhamdulillah. Betulkah ini takdir? Atau aku yang memilih? Kehidupan aku..sudah tentulah aku yg tentukan hala tujunya dan aku memilih untuk bersama-sama membina hidup dengan suami tercinta. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya.

Kita sering bertikam lidah dek kerap berselisih pendapat.
Kita sering bertengkar hanya kerana hal yg kecil.
Kita sering bermasam muka oleh rasa tidak puas hati antara satu sama lain.
Kita sering beradu meninggikan ego masing-masing.
Kita sering berbalah kerana kita memang TAK SERUPA.

Tapi kerana perbezaan inilah, kita akhirnya bersama.

Aish..macam jiwang sangat pula rasanya. Apapun, nikmatilah beberapa foto hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki yg telah aku upload. Enjoy it!



 
Related Posts with Thumbnails