Wednesday, February 10, 2010

HALAL dan HARAM? Prihatinkah kita...

Doa Nabi Adam (Doa mohon keampuanan):




 
"Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” [7:23]



Klik di sini untuk maklumat lanjut isu halal dan haram. Rupa-rupanya banyak yang haram daripada yang halal. Astaghfirullah...



Perasa Makanan Kod E TIDAK HALAL-Bahagian 2


Salam semua,


Saya baru sahaja merujuk beberapa soal jawab berkaitan isu halal haram makanan yang mengandungi kod E. Hal ini berikutan komen yang diberikan dalam blog saya yang menyatakan coklat 'Cadbury' adalah haram. Saya sangat suka makan coklat 'Cadbury Blackforest'. Memikirkan yang saya tidak dapat makan lagi jika kenyataan haram itu benar, mendorong saya untuk mencari kebenarannya.

Hasil daripada pembacaan, haram dan halal sesuatu kod E itu bergantung kepada sumber ia diperolehi sama ada daripada haiwan atau tumbuhan. Bagi coklat jenama 'Cadbury' ia telah disahkan halal oleh JAKIM yang mana sumber kod E yang digunakan dalam produk makanannya adalah berasaskan sumber yang telah dikenalpasti dan diyakini halal. Sila klik di sini.


'Mencari yang HALAL itu fardhu'

Friday, February 5, 2010

Perasa Makanan Kod E TIDAK HALAL!

Hukum halal dan haram begitu sinonim dengan kehidupan harian kita sebagai umat Islam. Isu ini bukan asing lagi kerana hal halal dan haram amat berkaitan dengan hidup sehari-hari kita terutamanya ia adalah isu yang amat dititikberatkan dalam agama kita. Halal dan haram merangkumi seluruh aktiviti harian termasuk makan minum, berpakaian, muamalat, munakahat dan banyak lagi. Walaupun kita sedar akan hal ini dan kepentingannya dalam melahirkan sebuah umat Islam yang berdaya saing dan maju daripada pelbagai aspek, kita pada hari ini kerap sahaja lalai dan alpa. Kadang-kala, hal seperti ini amat remeh, tetapi akibatnya amat besar di kemudian hari dan kita seolah-olah tidak mengendahkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.

Benda-benda yang halal dan haram ini amat mudah mempengaruhi hidup kita. Ia semudah bermulanya daripada makanan yang kita beri kepada tubuh badan kita. Namun begitu sejauh manakah halalnya makanan yang kita makan pada setiap hari? Saban hari, semakin banyak makanan yang kita makan selama ini adalah haram setelah kajian demi kajian dijalankan ke atas sampel makanan. Mungkin boleh dimaafkan kerana kita tidak mengetahuinya tetapi bagaimana pula jika kita sendiri yang tidak mahu ambil peduli akan isu ini? Atau kita sendiri sudah tahu tetapi buat-buat tidak tahu pula. Salah siapa? 


Pada hari ini, anak-anak kita membesar dalam suasana yang amat mencabar. Hari demi hari, pelbagai salah laku oleh anak-anak kita terpampang di dada akhbar. Seharusnya, kita selaku orang yang lebih dewasa perlulah membimbing mereka. Semuanya bermula daripada makanan yang kita beri bagi tumbesaran anak-anak ini. Oleh yang demikian, prihatinlah wahai pembaca semua dengan isi kandungan setiap apa yang kita makan dan makanan yang kita beri kepada keluarga kita agar kita terhindar daripada benda-benda yang haram ini. Zahir nampak halal tetapi hakikatnya haram. Berdoalah kita kepada tuhan agar kita akan diampuni atas kelalaian dan kealpaan kita sebagai manusia akhir zaman.

Renungkanlah...

Wednesday, February 3, 2010

Puisi - Erti Sebuah Perkahwinan

Perkahwinan

Umpama sebuah pelayaran
Awalnya tenang
pertengahannya makin bergelombang
Dipukul badai dan ombak
Tak mengenal masa dan keadaan
Hanya Nakhoda bijaksana bisa melabuhkan sauhnya
Di sebuah pelabuhan impian


Perkahwinan

Adalah sebuah kebahagiaan
Adalah sebuah kedamaian
Adalah sekelumit kenikmatan
Dari lautan kenikmatan di syurga yang dinantikan


Perkahwinan

Perlukan pengorbanan
Perlukan kesungguhan
Perlukan keyakinan
Perlukan persefahaman
Baru nanti panasnya bisa sampai ke petang


Perkahwinan

Adalah fitrah kemanusiaan
Adalah sunnah yang perlu dilaksanakan
Moga nanti akan wujud generasi ummah
Yang bakal mempertahankan
Keagungan dan kesucian
Deenul Islam




-Abu Aslam (02/02/06)-

 
Related Posts with Thumbnails