Friday, October 31, 2008

Keliru+Dilema = Sengsara+Moody

Persamaan M3 y dpt ak terjemahkn baru2 ni b'dasarkn apa y ak lalui selama ni..Sbnrnya,ak dah lama t'pk kan persamaan ni tp ak xckup bukti utk keluarkn benda y xbetul ni..So,dr experiment2 y dah ak jlnkn,akhirnya ak dpt buktikan bhw persamaan ni kdg2 benar kdg2 tak..
Hmmm..bagaimana leh jd benar??B'pandukan apa y ak jlnkan ujian,dilema (tahap 1) y kita hadapi dlm hidup sehari2 jk xselesai akan sbbkn seseorg tu mengalami kekeliruan(tahap 2)..Apabila seseorg dah berada di tahap ni,seseorg akn hilang fokus terhadap apa y dibuatnya..Oleh itu,adalah elok jk masalah y menyebabkan seseorg berada dlm dilema diselesaikan dgn segera.Jk tak,seseorag tu akn merana bila mula dlm kekeliruan..
Bg tahap lebih menyedihkan,seseorg y gagal diubati dari dilema+keliru akan dijangkiti pula oleh perasaan sengsara..Ini menyebabkan seseorg tu berasa sgt tertekan dgn keadaan sekeliling,seseorg jg akan merasa serba salah dan tak kena dgn apa y dibuat serta sentiasa berubah2 kelakuannya..Apabila berada di tahap tersebut,seseorang lebih mudah dan berkemungkinan besar akan berada dlm situasi kemurungan (moody)..Di tahap paling membimbangkan ini,adalah elok jk seseorg tu diberi rawatan ketenangan kerana apabila dilanda moody,seseorg mungkin bertindak di luar kewarasan akalnya..Org2 d sekeliling akan amat mudah terasa dgn segala tgkh laku org y d tahap terakhir ini (moody)..Maka,rawatan berunsur tenang perlu diberi segera bg mengelakkan penyakit bertambah parah y boleh membawa kesan besar kpd mrk d sekeliling+individu tersebut..
Bubble space seseorg dilanda moody jg perlu dijauhi buat sementara bg memberi ruang kpd individu utk lebih relax..Kebanyakan mrk y mengalami masalah ini akan pulih spt sedia kala jk tekanan persekitaran berkurangan..
Diharap info sihat ni dpt membantu serba sedikit..

Tuesday, October 28, 2008

Aurat Seorang Muslimat 1


BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.




Keinsafan Syawal


2 bulan berlalu d tpt kije baru mengajar ak byk bnda baru terutama ttg membuat keputusan dalam hidup..cukuplah 1bln b'puasa+1bln b'raya d tpt baru ni..walaupun masa begitu singkat dan agak mencemburui ak,segala pengalaman dikutip sgt b'mkna sekali..syukur pada DIA krn memberi ak kesempatan ni utk menjadi diri ak sndri..mgkn sblm ni ak masih kabur dgn matlamat hidup d dunia ni namun semua y diatur olehNYA akhir2 ni benar2 memberi impak ke ats hidup ak y dulunya terumbang-ambing..terima ksih sbb masih mencintai ak ya tuhan walaupun terlalu byk ingkar y ak da wat sblm2 ni..ak gembira dgn hidup baru ni y lebih tenang+aman+damai d sisi NYA..perubahan demi perubahan ak buat..di hrp KAU dpt memberi ak sedikit kekuatan mu utk meneruskan pelayaran hidup ak d muka bumi ni..ak amat b'hrp semua d sekeliling dpt menerima ak y baru seadanya..hya luaran y b'beza namun ak ttp ak y dikenali dulu..masih cuba memperbaiki tiap kekurangan diri..segala teguran amatlah ak hrpkan demi memartabatkan diri utkNYA..terima kasih sekali lagi..

 
Related Posts with Thumbnails