Friday, June 20, 2008

Gaji oh Gaji!!!

Dah lama rasanya x mencoret d laman ni..almaklum agak sibuk sikit dgn kerja..Hmmm..Aku bukan nak m'bebel apa d sni cuma nak kongsi sedikit citer y aku dpt mgu lps..Pasal pa lg jk bukan y b'kaitn dgn duit!..Skrg kan tgh kecoh citer y pasal2 duit je..
Camni,hjg mgu lps aku g m'lepak umah kwn d S.Alam..Aku pun xde benda nk wt msa tu so abeskn msa dgn kwn2 aku je..Kebetulan lak Sabtu tu adalah ari 1st leh amek claim kete y RM625 tu..Kwn aku ni punyalah smgt pg2 da ajk aku tmn dia g post ofis..Smpi je kat situ pnyalah sesaknya dgn manusia..Rimas aku..Pas isi borang kena lak b'atur amek no. giliran pastu kena tgu lg sblm d lyn..Nasib bek byk kaunter buka xla bengkek sgt hati ni tgu..Smntra m'nunggu tu adalah sorg m.cik ni duk sblh aku..Mgkn nak amek duit (aku agak je la..)..Aku bosan sgt msa tu so dgn selambanya aku g tegur m.cik tu..Mula2 tu sepatah aku tya sepatah jg dia jwb..Tp mkin lma mkin rancak lak kmi b'sembang..Yelah,aku tgu kwn aku dan m.cik ni tgu ank dia rupanya..Smpt jg aku bg ank dia no. giliran aku so xdelah lma sgt m.cik ni menunggu (dlm ati aku la..)..Rupa2nya byk bnda y m.cik ni tau tp aku xtau pun..Org lma katakn..P'bualan makin rancak bila sentuh bab gaji..M.cik ni bg pndpt dia psl saranan k'jaan nk bg gaji 2x s'bln..M.cik ni ckp dulu msa dia keje zmn British lg (x merdeka lg!) mmg gaji 2x s'bln..M.cik ni ckp mmg bgus bnda tu cuma cara kena btul la..Aku kurg phm sbnrnye,cmne tu?..Gini,m.cik tu ckp lg 1/2 bln 1st tu company m.cik tu bg 1/3 dr gaji penuh dan hjg bln bru dpt gaji y balance tmbh dgn elaun2 y lain..So m.cik tu ckp duit mmg xputus lgsg jd xdelah nk g pjm2 dgn along ke apa ke..Pastu m.cik ni jg btau k'bajikan pekerja dlu2 mmg d jg sgt2 dan jk leh semua ahli famili tiap pekerja company tu nk suh keje d company tu jg!..M.cik ni nk jg suarakn cdgn dia tu tp msa dia call 1 stesen tv tu mrk xdpt nk lyn ckp m.cik ni sbb bz sgt katanya..Ntah btul ntah x..
Bila aku pk2 smula,ada btul jg pe y m.cik ni ckp..Jd renung2kan la..

Friday, June 13, 2008

Kerat Kuku


Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.





Friday, June 6, 2008

Jangan Bilang Tidak

Cantik

Cantik,dirimu buat ku tertarik..

Menghilang segala prasangka di jiwa..



Antara bait-bait lagu dendangan Altimet feet Adeep (Fabulous Cat) membuatkan aku tertanya-tanya apakah erti cantik itu sebenarnya?Semua orang mempunyai tanggapan tersendiri bila ditanya apa itu cantik pada kamu.Ada yang berkata ia lebih kepada kecantikan fizikal.Tak kurang pula yang berpendapat cantik itu dari sudut pegangan agamanya,sifat-sifat peribadi seseorang dan macam-macam lagi.Namun,hakikat yang sebenar cantik itu lebih menonjolkan sifat fizikal seseorang.Kadang-kadang haiwan pun kita cakap cantik hanya kerana fizikalnya yang memikat mata.Jadi,cantik yang kononnya subjektif lebih tepat jika kata ianya adalah pandangan pertama seseorang tehadap seseorang yang lain.Tipulah jika ada yang cakap tak kisah cantik ke tak cantik ke,sama saja!



Cantik..hanya kerana sebab ini pelbagai rupa bentuk diskriminasi wujud di alam fana ini.Orang sekarang jika boleh semua nak yang cantik saja,yang sedap di mata sedangkan perangai menyakitkan hati..Hmm,lumrah alam.Asal cantik saja mesti konfem lulus punyalah.Sedangkan perangai+bakat+personaliti macam hampeh!Alangkah bagus jika perkataan cantik itu setanding dengan maksud yang dibawanya..


Alahai,tipulah jika aku tak suka benda yang cantik!!!Aku paling suka cantik,tak kisahlah benda ke haiwan ke,baju ke,makanan ke,orang ke jika boleh semua yang di sekeliling aku pun aku hanya nak yang cantik asli sahaja..Cantik,secantik Siti Zulaikha..Amin


Thursday, June 5, 2008

Jadilah seperti...Jangan seperti...

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung,jangan seperti gajus
Jagung membungkus bijinya yang banyak,sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian,jangan seperti kedondong
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam tetapi di dalamnya lembut dan manis
Berbeza dengan kedondong,di luarnya mulus dan berkilat tetapi di dalamnya ada biji yang berduri

Jaga kesucian dalam pergaulan
Jadilah seperti sengkuang
Walaupun hidup dalam tanah dan selut tetapi umbinya tetap putih bersih

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai,bukan tandan rambutan
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji-bijinya,semua seimbang,tidak seperti rambutan,ada yang kecil ada yang besar

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili
Semakin tua semakin pedas

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti manggis
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya

Lirik : Ada Untukmu (Nubhan AF6)

Di sana pungguk menanti
Mnegharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis tuk persembah
Hanya ketulusan sekeping hati suci

Aku berikan kasih kalau itu yang kau mahu dariku
Aku berikan cinta untuk membahagiakan harimu
Aku sayang dirimu biarpun nafasku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

 
Related Posts with Thumbnails